Pelancong Dilarang Duduk, Makan & Minum Di 'Spanish Steps' Itali!

VIRAL
August 08, 2019 - 06:25 PM


Bagi siapa yang bercuti ke Rom, Itali pastinya tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke salah satu lokasi pelancongan popular di situ iaitu 'Spanish Steps'.

Monumen bersejarah dengan binaan 135 anak tangga yang diperbuat daripada batu marmar itu sering menjadi persinggahan wajib oleh pelancong dari serata dunia.

Lokasi Penggambaran 'Roman Holiday' 

Apatah lagi selepas struktur ikonik itu menjadi lokasi penggambaran filem terkenal Hollywood pada tahun 1953 bertajuk 'Roman Holiday' yang dibintangi Audrey Hepburn dan Gregory Peck.

Tangga yang menuju gereja Trinita dei Monti di puncaknya itu, sering menjadi tempat bersantai dan melepak oleh para pengunjung sambil menikmati makanan dan minuman mereka.

Kelihatan Polis Itali Mengawal Kawasan 'Spanish Steps'

Akibatnya, kini lantai marmar di permukaan tangga di situ telah berubah warna menjadi kusam kehitaman kerana terlalu banyak dipenuhi dengan tumpahan minuman keras, kotoran dan air kopi pengunjung.

Melihat kerosakan yang semakin serius itu, kini pihak berkuasa Rom menguatkuasakan peraturan baharu di mana pengunjung tidak lagi dibenarkan duduk melepak, makan atau minum di Spanish Steps termasuk di 'Barcaccia Fountain' iaitu air pancut berbentuk perahu yang ada di kaki tangganya.

Jika ada yang melanggar peraturan tersebut, mereka boleh dikenakan denda sehingga 400 Euro atau RM 1,877 juga untuk kesalahan lainnya seperti tidak berbaju, mandi dalam kawasan air pancut dan menyeret bagasi di atas tangga berkenaan.

Bulan lepas, 2 pelancong Jerman bukan sahaja telah didenda sebanyak 950 Euro akibat menumpahkan kopi di tangga Jambatan Rialto, Venice, malah turut diusir untuk meninggalkan bandar terkenal dunia itu.

Sumber: The Guardian

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah