Pendaki Bujang Gunung Rinjani Bakal Diasingkan – Sokongan Kepada Industri Pelancongan Halal
VIRALJune 25, 2019 - 02:43 PM
Terletak di Lombok, Gunung Rinjani merupakan salah sebuah gunung yang pasti menjadi impian para pendaki untuk ditawan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Baru-baru ini beberapa peraturan baharu untuk mendaki Rinjani telah dikeluarkan oleh Agensi Taman Nasional Gunung Rinjani (TNGR) dan salah satu daripadanya adalah berkenaan sokongan mereka terhadap ‘pendakian halal’.
Peraturan ini akan melibatkan susunan dan pengasingan khemah pendaki bujang lelaki dan perempuan di kaki gunung berkenaan. Peraturan yang diusulkan ini adalah atas saranan dan sokongan pemerintah tempatan terhadap industri pelancongan halal di Lombok.
Menurut ketua TNGR Sudiyono, kawasan khemah akan diasingkan iaitu lelaki di sebelah kanan manakala wanita di bahagian kiri kaki gunung berkenaan. Peraturan ini hanya dikenakan terhadap pendaki bujang tetapi untuk mereka yang sudah bernikah, mereka dibenarkan untuk tinggal dalam khemah yang sama.
Idea pengasingan dan pelaksanaan peratuan baru ini adalah atas saranan masyarakat tempatan di sekitar Gunung Rinjani yang percaya kejadian gempa yang berlaku tahun sudah adalah disebabkan kelakuan tidak senonoh para pendaki.
Polisi ini akan mula diperkenalkan pada bulan Julai nanti menurut The Jakarta Post.
Lepas ni ingat ye, lelaki khemah sebelah kiri, perempuan sebelah kanan. Kalau rasa tengah-tengah, hurm… Entahle korang nak pacak khemah kat mana.
PILIHAN EDITOR
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah