[Update Terkini ] YDP Agong Ke-16 Dipilih Hari Ini

VIRAL
January 24, 2019 - 10:13 AM


Satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja akan diadakan hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun.

Sembilan Raja-Raja Melayu akan membuat pemilihan melalui pegundian di Istana Negara jam 10.30 pagi hari ini (Khamis, 24 Januari).

Jawatan Ketua Utama Negara tersebut kosong berikutan perletakan jawatan Sultan Muhammad V menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan pada 6 Januari Lepas. Ini adalah kali pertama berlaku dalam sejara institusi beraja di Malaysia.

Kalau nak diikutkan, penggiliran pertama pelantikan Yang di-Pertuan Agong telah dilakukan atas persetujuan Raja negeri-negeri dan ia dimulakan dengan Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.

Sembilan Raja-raja Melayu kini telah memasuki pusingan kedua dalam sistem penggiliran, daripada Sembilan Raja, enam telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Baca : Bukan Main Pilih Je! Ini 16 Kaedah Dalam Pemilihan Agong Yang Baru

Ini bermakna, tinggal lagi tiga Raja-raja Melayu iaitu daripada Pahang, Johor dan Perak perlu ditabalkan untuk melengkapkan pusingan kedua sistem penggiliran itu.

Ini adalah senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari tahun 1957 :

Credit : Bernama

 

UPDATE TERKINI : 

 Majlis Raja-raja berkenan melantik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong pula sekali lagi disandang oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Sumber : Sinar Harian

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah