Tips Travel Solo Di Bali, Indonesia

TRAVEL
July 05, 2017 - 03:23 PM


Bagi mereka yang batu berjinak-jinak untuk travel solo boleh mula dengan negara Indonesia. Selain murah anda juga mungkin tak akan menghadapi sebarang masalah bahasa.

Ini antara tip yang boleh membantu korang kalaunak travel solo ke Bali.

Semua booking penginapan dibuat di booking.com atau pun agoda.com

Kena kuatkan semangat sebab bila keluar airport akan ada ramai driver akan goda anda untuk naik teksi anda, kena pilih dengan betul takut kena tipu.

Untuk transit hotel saya dah book yang dekat dengan airport, so selamat lah for first night punya transport. Jimat dah

Attraction places kat Bali semua jauh , dan public transport tak convenient sangat, jadi perlu hire supir.

Kalau pegi tempat dekat or atau lebih dua tempat boleh naik:

  1. Trusted taxi service (hanya BLUEBIRD taxi dan pastikan ada meter) 
  2. Uber
  3. Sewa motor (Kena tukar lessen motor ke universal license untuk tak nak cari pasal, kang sia-sia kena saman. Tapi orang kata kalau takde lesen motor or lesen universal tu takpe tapi asalkan tak langgar peraturan jalanraya dan tak kena tahan roadblock. Tapi better tak payah ambil risk la kalau kau pergi Bank Rakyat pun berteman.
  4. Ojek, Ojek ni macam motor tumpang/taxi motor. Selalunya ramai locals akan offer atau boleh tanya locals yang lalu lalang bawak motor tu untuk destinasi dan harga. Harga boleh tawar sampai dapat harga murah, kena bijak…check waze/google map kalau nak tahu tempat tu jauh ke tak and berbaloi tak dengan harga yang orang ojek tu caj.

 

Kalau anda merancang untuk travel secara solo, sila pastikan anda buat research dulu berkenaan cuaca dan aktiviti penipuan dekat tempat itu. Ini adalah penting untuk elakkan anda daripada ditipu !

Kalau anda upah supir anda kena tahu bahawa semua tempat yang ada entrance fee and parking fee kita kena bayar sendiri okay, bukan supir.

Kebanyakan tempat kat Bali kena banyak jalan and naik turun tangga/slopes. Cuaca pun sangat lah panas kebanyakan masa. Sediakan sunblock dan jangan lupa minum air banyak banyak.

Kalau on tight budget, boleh je beli dekat gerai gerai jalanan yang locals selalu pergi, macam gerai bakso ke tapi pastikan halal ya.

Waze and google map sangat membantu kalau nak tahu location or nak jalan jalan sesuatu area tu.

Kalau stay area Kintamani for hiking Mount Batur, boleh book malim gunung di tempat anda stay sebab lagi murah dari book online. Malim gunung yang saya guna servisnya hanya 350k IDR termasuk hiking stick, headlamp,air dan sarapan. Nak selamat email atau call dulu dengan malim tu sebelum anda berangkat ke gunung.

Short tips untuk hiking mount batur? To me, tak lah susah sangat kalau dah cergas . Tapi kalau macam saya yang tak buat persedian apa apa langsung dan tak cergas memang penat. Track tak susah sangat tapi berbatu dan licin yang menyukarkan perjalanan. Saya start hiking pada pukul 3.30am dan sampai betul betul waktu matahari terbit. Dan jangan lupa bawak baju atau sweater yang tebal sebab cuaca kat atas amat sejuk (14-18 celsius).

Kalau naik uber or taxi pergi airport, nanti ada toll before airport (IDR 5k kalau tak silap) tu kita kena bayar. Kalau naik supir tak sure sebab I naik teksi.

Harga barang dekat airport semuanya tersangat mahal, Dengan duit baki IDR 250k boleh dapat maggi cup, nuggets and mineral water je haha.

Bali airport ada airport tax IDR 250k tapi difahamkan sejak 2016 cukai tu dah dimasukkan sekali kat dalam harga tiket.

 

Ok selamat melancong....

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah