Tips Grooming Lelaki Untuk Tampil Menawan Selalu

GAYA HIDUP
April 23, 2021 - 05:35 PM


Kita semua tahu yang first impression itu penting terutama sekali bagi korang yang ingin memikat hati si dia. Pada pandangan pertama tentu sekali lah yang dipandang itu adalah penampilan korang, jadi para lelaki, penampilan perlu dijaga agar sentiasa kelihatan rapi dan kemas. 

Selain bagi memikat hati wanita idaman, penampilan juga perlu dijaga agar kita selalu memberi tanggapan yang baik kepada orang-orang yang kita temui secara harian termasuk majikan, dan rakan sekerja kerana mereka yang kelihatan rapi, kemas, dan confident adalah mereka yang disenangi ramai. 

Berikut adalah 5 tips grooming untuk lelaki, agar korang sentiasa menawan: 

1. Trim bulu-bulu yang berlebihan. 

Antara perkara yang akan orang lain perasan adalah bulu-bulu yang tumbuh di tempat yang tidak menarik, seperti terkeluar daripada lubang hidung, atau telinga. Selain itu, bagi korang yang tak simpan jambang atau misau, selalu cukur bersih apabila bulu halus tumbuh kerana ianya akan mencacatkan penampilan korang. 

2. Jaga gigi 

Korang kena jaga gigi korang dengan betul kerana bila kita mesti akan berbual banyak dalam sehari, jadi gigi yang tidak kelihatan menarik mesti akan terlihat kalau korang tak jaga dengan betul. Pastikan gigi korang dibersihkan selalu, dan flos gigi sekurang-kurangnya seminggi sekali. Paling penting sekali, jangan lupa lawatan ke klinik gigi setiap 6 bulan!

3. Bulu leher 

Bulu leher akan membuatkan garisan leher korang kurang kemas dan tidak licin jadi perkara tersebut akan merosakkan penampilan korang. Jadi, korang boleh cukur sendiri setiap 2-3 hari, ataupun singgah je ke kedai gunting rambut untuk cantikkan semula garisan leher korang. 

4. Potong kuku selalu 

Pastikan kuku jari dipotong selalu dan sentiasa berada di dalam keadaan yang kemas kerana setiap pertemuan akan bermula dengan berjabat tangan, jadi sudah tentu kalau kuku korang tidak berada dalam keadaan yang cun, orang sekeliling mesti akan perasan. 

5. Pakai pewangi 

Hidung manusia adalah satu organ yang tajam yang mampu mengecam bauan sama ada yang wangi atau yang busuk, jadi kalau badan korang berbau menarik mesti korang akan menjadi perhatian. Bukan sahaja bau pewangi malah bau sabun yang korang gunakan pun, kalau pilih yang best, mesti ramai yang akan perasan. 

Sumber: Maskulin

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah