11 Negara Paling Selamat Dan Jarang Travel Solo Pergi Setakat Ini

JALAN-JALAN
October 31, 2017 - 11:05 AM


Travel solo tu memang seronok bagi sesetengah orang. Tetapi terlalu banyak cabaran dan persediaan yang bakal di tempuh. Jadi kalau nak travel solol sila lah buat persediaan yang sangat rapi. Sebab masa ni hanya diri sendiri je tempat bergantung. 

 

Soal keselamatan paling penting. Tak kira di mana berada sentiasalah berwaspada dengan keadaan disekililing. Tempat atau destinasi juga memainkan peranan penting tentang aspek keselamaran semasa travel.

 

Ini kami kongsikan 11 negara paling selamat yang mungkin anda boleh pergi untuk travel solo.

 

Portugal

 

 

Lisbon mungkin lebih menjadi pilihan pelancong luar, tapi anda patut cuba meneroka bahagian utara dan juga selatan untuk betul-betul experience Portugal. Ada banyak benda yang anda boleh dapat di Portugal – bandar bersejarah, orang-orangnya yang friendly, pemandangan alam semula jadi yang indah… dan yang paling best, ia jauh lebih murah dan affordable berbanding kebanyakan negara-negara Western European!

 

Scotland

 

 

Scotland, di bahagian utara Kepulauan British, bukanlah sebuah negara yang mungkin biasanya terlintas di fikiran kita sebagai satu destinasi yang affordable. Walaupun kadang-kadang, mata wang pound British membuatkan kita berasa sedikit mahal untuk membeli, anda mempunyai banyak pilihan wild camping di banyak hutan dan pergunangan indah di Scotland. Apa yang paling awesome sekali? Ianya adalah percuma!

 

Find solace in being alone in such a remote, wild and stunning landscape. After all, isn’t solo travel all about finding your character and building resilience?

 

New Zealand

 

 

New Zealand mungkin bukan antara destinasi yang dikenali sebagai affordable, tetapi di sini anda boleh berkhemah atau camping di tengah-tengah kecantikan semulajadi semata-mata  secara percuma! Travel secara solo juga akan memberi anda banyak peluang untuk bercakap dengan orang-orang Kiwi di New Zealand.

 

Amerika Syarikat

 

 

Amerika, sebagai sebuah benua, adalah sangat besar, namun penuh dengan tempat-tempat yang murah dan selamat untuk pergi! Daripada berkhemah atau camping di hutan, mahupun padang belantara, sehinggalah ke hostel atau hotel-hotel bajet, atau hitchhike dari negeri ke negeri, Amerika sememangnya adalah sebuah tempat yang memberikan banyak peluang kepada traveller, terutamanya solo traveller.

 

Canada

 

 

Seperti Amerika, Canada juga adalah sebuah negara yang besar dan padat dengan keindahan alam semulajadi yang hanya menunggu untuk diterokai. Menerokai alam semulajadinya yang tidak terusik sedikit pun oleh pemodenan boleh menjadi antara pengalaman terhebat untuk mereka yang mengembara secara solo. Yang penting, perlu buat persediaan betul-betul lah. Selain itu, anda juga dapat reconnect dengan diri anda sendiri dan juga dunia semulajadi dengan meluangkan masa untuk menangkap ikan atau memancing di sungai di Yukon untuk makan malam anda, atau mendaki melalui hutan belantara yang tebal. Kalau anda berada dalam keadaan atau situasi yang sukar, jangan risau! Orang-orang Canada sangat baik dan sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja apabila diperlukan.

 

Latvia

 

 

German? Sepanyol? Esok lusa boleh pergi. Sekarang jom kita venture ke Latvia pula untuk percutian yang rare dan off the beaten track. Makanan, penginapan dan pengangkutan di sini di pinggir Laut Baltik adalah jauh lebih murah berbanding negara-negara di Eropah Barat, dan negara ini padat dengan penduduk tempatan yang bangga dan suka untuk memperkenalkan adat dan tradisi mereka kepada orang luar.

 

Croatia

 

 

Apa yang lebih baik daripada bersenang-senang dan relaks di camp yang terletak di salah satu pulau yang tercantik di Laut Adriatik di pesisir pantai Croatia? Dengan sedikit perancangan yang detailed, anda tak perlu pun wang yang berkepuk-kepuk untuk mengunjungi pulau-pulau cantik ini. Anda boleh juga meluangkan masa di salah satu  bandar bersejarah di sekitarnya. Contohnya seperti Split, Dubrovnik ataupun explore salah satu taman negara di Croatia yang sememangnya deserves a spot dalam itineraryanda!

 

 

Montenegro

 

 

Montenegro tidaklah sepopular negara-negara Baltik yang lain, tetapi keindahan negara ini tidak sedikit pun kurang daripada negara-negara lain. Luangkan masa anda dengan bersiar-siar di tepi pantai atau ambil peluang untuk explore kawasan pedalaman negara ini. Boleh juga cuba pergi mendaki, berbasikal atau berkayak. Ianya antara cara terbaik untuk explore Montenegro!

 

Itali

 

 

 

 

Perwatakan orang-orang Itali yang menarik, talkative, dan juga hidangan masakan mereka yang terkenal di seluruh dunia menjadikan Itali sebagai salah satu negara yang wajib anda pergi. Selain dapat enjoy suasana yang happening di Itali, anda juga dapat melihat runtuhan-runtuhan purba, seperti Colosseum, dan juga menikmati the finest Italian cuisine yang betul-betul made in Italy! Untuk percutian yang lebih simple dan lebih affordable, pergilah ke arah selatan. Malah anda juga mungkin dapat menikmati percutian di Rom yang lebih berpatutan!

 

Greece

 

 

Greece sangat terkenal dengan pantai yang indah dan landskap yang menakjubkan. Negara ini pernah menghadapi krisis kewangan untuk beberapa tahun sebelum ini dan sekarang sedang kembali untuk pulih. Kalau anda ke Greece, anda boleh lihat dan ambil iktibarbagaimana penduduk-penduduk tempatan di sini membina semula kehidupan mereka, dan anda sebagai pelancong, dapat menyumbang ke arah usaha-usaha memajukan ekonomi mereka melalui pelancongan. Greece adalah sebuah negara yang bukan sahaja cantik dan menyeronokkan, malah ianya juga tidak terlalu mahal dan selamat.

 

Chile

 

 

Chile boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang full package. Bandar-bandar yang cantik, pemandangan yang indah, kaya dengan budaya, orang-orangnya yang ramah, selamat, affordable, dan banyak lagi yang menanti untuk mana-mana pengunjung yang bertuah dapat travel ke negara Amerika Selatan ini.

 

Sumber rujukan dari tmplbackpackers.my

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah