6 Souvenir Hat Yai Yang Best Untuk Korang Bawa Balik!
TRAVELJuly 31, 2019 - 02:17 PM
Hatyai sememangnya terkenal dengan destinasi tempat makan yang sedap dan murah. Sebab itu jugalah tak sah kalau korang bercuti ke Hatyai tanpa bawa balik ole-ole atau cenderamata yang berasaskan bahan makanan untuk dicuba oleh ahli keluarga dan rakan-rakan betapa sedap dan murahnya barangan di negara jiran itu.
Di sini disenaraikan barang-barang wajib yang kena ada dalam beg korang sebelum nak balik Malaysia.
#1. BERAS PULUT / BERAS SIAM
Macam yang kita tahu Thailand memang pengeluar beras yang lembut dan wangi serta tekstur berasnya sememangnya lain daripada beras yang ada di negara kita.
Jadi rugi kalau korang tak beli mungkin sekampit dua beras siam atau beras pulut di Hatyai. Tips nak beli beras siam ni korang jangan beli dekat kedai yang besar-besar, korang beli je dekat kedai-kedai runcit dia, harga lagi murah boleh dapat. Beras siam 1kg 35 baht, 5kg 170 baht sahaja ikut jenis dan gred beras berkenaan.
Tapi ingat, dekat Imigresen nanti, sorang boleh lepas bawa beras dari Hatyai hanya 1 kepala 5 kilogram je, tak boleh lebih tau, nanti kena rampas.
#2. KEKACANG
Kalau korang pergi Hatyai jangan lupa borong kekacang yang dijual dekat sana. Bukan kacang tanah yang biasa tu tau tapi dekat sana murah kacang gajus, badam dan pistachio.
Nak beli kacang-kacang ni korang jangan beli dekat area bandar Hatyai atau di Lee Garden Plaza sebab harganya mahal sikit. Seeloknya korang borong dekat Khlong Hae Floating Market sebab boleh dapat 1kilogram hanya 200 baht, berbanding beli kat bandar dia paling murah dia bagi pun 220 baht.
#3. PES TOMYAM THAI / MEE SEGERA
Dah namanya pun lubuk makanan Thailand yang sedap, jadi tak sah kalau ke Hatyai korang tak beli pes tomyam atau mee segera dia yang selalu orang buat masak kerabu maggie tu.
Tapi nak dapat harga murah untuk sekotak besar mee segera ni (ada 30 pek kecil), baik korang beli dekat pasar raya besar dia sebab boleh dapat murah dalam 155 baht, berbanding di kedai-kedai runcit mahal sikit dalam 170 baht.
#4. PRODUK 7-ELEVEN
Semua orang yang pernah ke Hatyai atau Thailand mesti bila dah balik, rindu dengan kedai serbaneka 7-Eleven dia. Sebabnya semua teringin nak beli produk-produk tenusu atau coklat, susu, madu dan jem strawberi yang memang terkenal di sana serta sangat sesuai dijadikan ole-ole untuk kenalan korang. Mesti dorang suka!
Tapi yang paling min suka mestilah Meiji Shibuya Toast ni, bau roti bakar dalam botol susu tu buat min rembat sampai 10 botol balik Malaysia. Hahaha...
#5. PASPORT COVER
Macam dekat kawasan Thailand yang lain, Hatyai pun ada menjual pasport cover leather yang murah dan siap ada perkhidmatan untuk membuat ejaan nama kita pada pasport cover tersebut.
Kalau korang nak cari boleh cuba di Khlong Hae Floating Market, sebab situ murah sikit nak dibandingkan dekat tempat lain. Servisnya pun cepat juga!
#6. FRIDGE MAGNET / T-SHIRT
Fridge magnet dan t-shirt Hatyai adalah 2 jenis cenderamata yang paling senang untuk korang hadiahkan kepada kenalan di Malaysia. Min beli fridge magnet dekat Samila Beach, murah juga 10 baht dapat 4 biji!
Kalau t-shirt yang menarik mungkin korang boleh cari di Asean Night Bazar, beli banyak boleh dapat murah.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah