Bosan Asyik Mandi Laut Kalau Ke PD? Jom Enjoy 'Alive 3D Art Gallery' Ni Pula!

JALAN-JALAN
November 02, 2020 - 12:14 PM


Tak dinafikan setiap kali tiba cuti hujung minggu, ramai yang gemar memilih Port Dickson sebagai destinasi 'weekend getaway' bersama keluarga dan rakan-rakan, kerana ia hanya satu jam lebih sahaja masa perjalanan dari Kuala Lumpur. 

Tambahan pula, pantai pasir putih yang luas dan udara laut yang segar antara sebab kenapa Port Dickson menjadi destinasi utama warga ibu kota bercuti pada hujung minggu.

Tetapi, jika bercuti ke Port Dickson dan anda mencari lokasi tarikan yang lain selain pantai, mungkin anda boleh bergembira dan bergambar cantik di ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON!

Di sini terdapat sebanyak 50 lukisan 3 dimensi yang beraneka tema di mana setiap satunya menjanjikan ilusi yang berlainan.

Antara 5 tema yang anda boleh jumpai di sini adalah aquarium, adventure, animation, seni dan eksotik.

Kalau anda peminat selfie atau suka menangkap gambar menarik semasa bercuti, anda pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini yang setinggi 3 tingkat. 

Jika nak ke sini, antara tips yang disarankan adalah anda perlu datang awal supaya tidak perlu beratur panjang dan dapatlah anda bergambar sakan dengan pelbagai posing yang diminati. 

Bayaran masuk ke sini adalah RM20 untuk dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.

ALIVE 3D ART GALLERY PORT DICKSON

Alamat: No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat : 11pg – 11mlm & Hujung Minggu/Cuti Sekolah : 10pg – 11mlm

Tel : 06-651 5400

Facebook: ALIVE 3D ART Gallery

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah