Hanya RM10 Ke KLIA, KLIA2-Putra Heights Guna Bas Perantara RapidKL!
JALAN-JALANBerita baik untuk si kaki travel!
Hanya dengan serendah RM10, sekarang korang dah boleh menggunakan pengangkutan awam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 melalui perkhidmatan bas perantara dari stesen LRT Putra Heights.
Promosi terbaru ini boleh korang dapatkan tiketnya yang dijual secara kombo (tren + bas) di setiap stesen LRT, MRT dan Bus Rapid Transit (BRT) serta Monorail.
Kenapa stesen LRT Putra Heights yang dipilih sebagai hentian permulaan?
Ini kerana kedudukan stesen LRT tersebut yang strategik di mana ia menghubungkan LRT laluan Kelana Jaya dan Ampang, jadi lebih adil dan memudahkan semua pengguna dari serata tempat.
Waktu perjalanan bas pula bermula seawal jam 6.30 pagi dan tamat pada 10.30 malam, setiap hari.
Manakala kadar kekerapan bas adalah setiap 30 minit sekali dan tempoh perjalanan dari stesen LRT Putra Heights ke KLIA dianggarkan sekitar 40 minit.
Bagi korang yang tak tahu, perkhidmatan bas ini disediakan untuk dua hala ya! Dari stesen LRT Putra Heights ke KLIA, KLIA2 dan juga dari KLIA, KLIA2 balik semula ke stesen LRT Putra Heights.
Setiap bas perantara mampu memuatkan 37 penumpang serta dilengkapi dengan ruang bagasi bagi memudahkan penyimpanan beg-beg penumpang dan memberi keselesaan yang maksimum.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah