Ada Berani Nak Mengopi Dalam 'Penjara'? Jom Try Ke Kopi Jail
MAKANMarch 16, 2022 - 04:48 PM
Korang penggemar kopi? Dah biasa minum kopi kat kafe, kedai kopi tepi jalan atau yang ada pemandangan alam semulajadi yang indah dan mempesonakan? Boringggg....hahahaha
Apa kata kali ni kalau korang berani -- cuba minum kopi di penjara atau di sebalik tirai besi pula! Ada beran?!
Jika nak rasa pengalaman mengopi yang rare tu, korang jangan lupa singgah di KOPI JAIL yang terletak di Muzium Penjara Melaka.
Di sini korang akan mengalami pengalaman berbeza iaitu menikmati secawan kopi dalam suasana sel tahanan penjara, yang mungkin menggerunkan bagi sesetengah orang.
Kalau korang nak tahu, Kopi Jail ini mula dibuka sejak 1 Februari lalu dan diusahakan oleh 2 anak muda yang bersahabat dari kecil iaitu Anas Al-Afiq Azhar, 24 tahun serta Nur Aimi Irfan Nor Azian, 21 tahun.
Jika berkunjung ke sini, korang bakal ditawarkan dengan 6 jenis minuman kopi dan apa yang unik setiap minuman itu dinamakan mengikut jenis-jenis hukuman penjara bertujuan untuk menarik pelanggan. Antaranya:
- Kopi Sebatan
- Kopi Sepanjang Hayat
- Kopi Reman
- Kopi Seumur Hidup
- Kopi Gantung
- Kopi Jail
Selain mengopi, di Kopi Jail ini juga pengunjung berpeluang untuk mencoret contengan dinding di ‘bilik menunggu’ yang merupakan sebagai ruangan terakhir banduan sebelum ke tali gantung.
Kafe Jail ini juga sebenarnya dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan ia telah dibina dan diubah suai menggunakan tenaga daripada penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG).
Idea mewujudkan Kopi Jail ini adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai medan mempromosikan produk-produk yang dihasilkan banduan penjara dan penghuni SHG untuk dikomersialkan secara terus kepada orang ramai.
Malah, beberapa makanan seperti pastri dan makanan lain adalah produk keluaran penghuni wanita SHG dan beberapa peniaga kecil di sekitar. Jualan di kafe ini membantu mereka menambah pendapatan.
Jadi korang yang nak singgah ke Kopi Jail ini, mereka beroperasi setiap hari kecuali Isnin -- dari 9 pagi hingga 7 malam dan disambung sehingga 9 malam pada Jumaat hingga Ahad.
Sumber: Melaka Hari Ini
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah