OLIMPIK 2020 - Ramai Pihak Elak Bertembung Dan Marah Terhadap Israel
VIRALJuly 27, 2021 - 08:09 PM
Sudah empat hari berlalu sejak Olimpik 2020 di Jepun bermula dan pelbagai insiden sudah berlaku. Malaysia sebelum ini hangat diperkatakan membenci dan buli netizen Israel di laman sosial dan dikatakan Israel cuba membalas dendam di pertandingan Olimpik ini.
Sememangnya hubungan baik antara Malaysia-Israel tidak baik, maka berlaku satu penghinaan di Twitter baru-baru ini apabila seorang aktivis Israel merendahkan Israel kerana tidak memenangi lagi pingat emas. Tweet itu umpama mengundang 'pergaduhan' antara Malaysia dan Israel.
Oh, hi #Malaysia. After Day 1 at #Tokyo2020 #Olympics, look who’s ahead? Regards, Team #Israel!
— Arsen Ostrovsky (@Ostrov_A) July 24, 2021
cc. @IdoDaniel @emilykschrader pic.twitter.com/1TjNfSd4R8
Tak rilek bebudak israel ni. Punya banyak yang power power gold medalist dalam Olimpik ni, Malaysia jugak yang dia cari. Nampak la diorang ni bebetul koyak dengan Malaysia 🤣 https://t.co/8ratsbNVwW
— brgsjks 🏴 (@brgsjks) July 25, 2021
Dilihat ramai pihak tidak bersetuju dengan tindakan Aktivis, selepas itu muncul pula cerita ada atlet tidak mahu berlawan sesama Israel.
Dari kenyataan Berita Harian baru-baru ini jugak, Atlet judo Algeria, Fethi Nourine menarik diri daripada Olimpik Tokyo sebelum bertanding apabila undian meletakkan kemungkinan untuk dia bertemu pencabar dari Israel.
Nourine dijadual berdepan atlet dari Sudan, Mohamed Abdalrasool pada pusingan pertama dan mungkin bertemu atlet dari Israel, Tohar Butbul di pusingan seterusnya.
Setelah kejadian itu berlaku, rakyat Malaysia gah dengan penggunaan #IsraelPenggunaan #IsraelKoyak dan hangat kembali diperkatakan di media sosial hari ini.
Sebaliknya, sebilangan netizen berkongsi hasil akhir Sukan Olimpik Rio 2016. Malaysia berada di kedudukan ke-60 dan Israel di tempat ke-77. Kerjasama militan Israel nampaknya meningkatkan kebencian rakyat Malaysia terhadap mereka.
Sumber: The Vocket
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah