Alert Guys! Temu Janji Dos Penggalak KKM Hantar Melalui SMS & MySejahtera
VIRALDecember 15, 2021 - 08:43 PM
Perhatian kepada semua yang belum lagi mendapatkan dos penggalak atau booster shot!
Anda diingatkan agar sentiasa cakna dengan pemakluman di telefon masing-masing agar tidak terlepas tarikh temu janji yang diberikan dan menyatakan sama ada bersetuju untuk menerima dos penggalak atau tidak.
Bagi mempercepatkan lagi pemberian dos penggalak -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini menghantar pemakluman tarikh temu janji kepada penerima melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi MySejahtera.
Sekiranya anda terlepas tarikh temu janji yang diberikan, adalah disarankan untuk menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat bagi proses pendaftaran senarai menunggu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah -- sehingga 14 Disember sebanyak 3,944,858 dos penggalak Covid-19 telah diberikan.
Untuk rekod, KKM telah meluluskan pemberian dos penggalak sejak November lalu dengan memberi keutamaan kepada individu berusia 40 tahun dan ke atas, individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi, penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang, ibu mengandung dan individu dengan keperluan ke luar negara.
Sumber: Malaysia Gazette
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah