Beranilah Terima Ramai Tetamu Aidilfitri, Nanti Polis & Tentera Periksa Rumah Korang!

VIRAL
May 20, 2020 - 12:42 PM


Bagi korang yang ada perancangan untuk menyambut tetamu datang ke rumah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula hari Ahad ini -- lebih baik batalkan sahaja hasrat tersebut!

Ini kerana, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat pemeriksaan di semua kawasan perumahan sepanjang Aidilfitri ini, bagi memastikan setiap kediaman tidak menerima tetamu lebih daripada 20 orang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PDRM dan ATM akan membuat siasatan lanjut terhadap kediaman yang memiliki banyak kenderaan di halaman rumah.

"PDRM dan ATM akan membuat rondaan ketika Hari Raya di setiap kawasan. Jika didapati ada banyak kenderaan di luar rumah, mereka akan semak kediaman itu untuk mengenal pasti jumlah tetamu.

"Sekiranya ada banyak kenderaan, berkemungkinan ada ramai orang dalam rumah itu, dan polis akan siasat.

"Saya nak ingatkan bahawa PDRM dan ATM akan sentiasa memantau sepanjang Aidilfitri ini bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan kerajaan," katanya.

Sumber: Berita Harian & Kredit Foto: PDRM Kubang Pasu

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah