Indonesia Pinda Cuti Hari Raya Aidilfitri Kepada Disember, Elak Rakyat "Mudik" Ketika COVID-19
VIRALApril 10, 2020 - 03:39 PM
Jika setiap kali musim cuti sempena Hari Raya Aidilfitri, kira-kira 20 juta rakyat Indonesia yang bekerja di bandar besar akan pulang ke kampung halaman masing-masing, pada akhir Ramadan.
Bagaimanapun, tahun ini tradisi yang dipanggil "Mudik" itu mencetuskan kebimbangan Kerajaan Indonesia yang risau penyebaran wabak COVID-19 bakal semakin meruncing sekiranya rakyatnya pulang ke kampung.
Oleh itu, Jakarta Post melaporkan -- Indonesia membuat keputusan untuk meminda cuti umum Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya berlaku pada 26 hingga 29 Mei ini kepada 28 hingga 31 Disember depan.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Pembangunan dan Kebudayaan Manusia, Muhadjir Effendy dalam satu kenyataan semalam kepada media Indonesia.
"Peralihan cuti itu kepada akhir tahun telah dilakukan dengan mempertimbangkan COVID-19 akan ditangani dengan betul [pada ketika itu]. Di samping itu, pada akhir tahun juga berlaku musim cuti sekolah dan keluarga bakal mempunyai masa yang panjang untuk merancang percutian mereka sekaligus," kata kenyataan itu.
Setakat ini, negara itu telah merekodkan sebanyak 1,706 kes COVID-19 dengan 142 kematian.
Sumber: JAKARTA POST
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah