Bukan Saja Phuket, Tapi Thailand Akan Buka Pintu Sempadan Negaranya Oktober Ini

VIRAL
June 17, 2021 - 05:41 PM


Kalau sebelum ini kita dikhabarkan dengan keputusan Thailand untuk membuka semula pulau peranginan popularnya, Phuket kepada pelancong pada 1 Julai.

Namun, ini ada satu lagi berita yang lebih besar!

Negara Gajah Putih itu bakal membuka keseluruhan pintu sempadan negaranya kepada pelancong antarabangsa yang sudah divaksin dalam tempoh 120 hari lagi atau lebih tepat pada pertengahan Oktober ini.

Perkara itu dimumkan oleh Perdana Menteri Thailand sendiri, Prayut Chan-o-cha.

"Sekarang adalah masa untuk kita melihat ke depan dan mengalu-alukan kedatangan pelancong luar negara datang ke Thailand.

"Ini secara tidak langsung dapat membantu rakyat yang ketika ini terkesan supaya dapat menjana pendapatan semula," katanya ketika berucap di televisyen malam tadi.

Prayut juga meminta semua destinasi pelancong utama dibuka sekiranya sudah bersedia dan pelancong asing yang sudah melengkapkan suntikan vaksin tidak perlu menjalani kuarantin lagi.

"Pelancong asing yang sudah lengkap divaksin bebas melancong ke sini dan tiada kuarantin atau sekatan dikenakan.

"Begitu juga bagi rakyat Thailand yang berada di luar negara dan jika sudah menerima vaksin juga akan melalui perkara yang sama.

"Saya tahu keputusan saya membuka sempadan ini berisiko kerana sejauh mana kita bersedia, kemungkinan terdapat lebih banyak jangkitan.

"Bagaimanapun, selepas menilai keadaan dan mempertimbangkan kelangsungan hidup dan kehidupan rakyat, inilah masanya untuk kita mengambil risiko bersama," katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan: Thailand Merancang Buka Semula Phuket Untuk Pelancong Yang Sudah Vaksin Bemula 1 Julai Ini

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah