China: Pelancong Warga Emas Dibawa Melawat Kubur
VIRALKorang boleh bayangkan tak korang bayar pemandu pelancong untuk bawa korang tengok tempat cantik-cantik, tapi akhir sekali, dorang bawa korang melawat kubur? Haa, itu lah apa yang berlaku kepada beberapa warga emas di China yang dibawa untuk melihat 'pemandangan' kubur.
Pihak berkuasa mereka kini sedang menyiasat bagaimana sekumpulan pelancong warga emas berjaya dijualkan tiket jalan-jalan yang berkahir di kubur. Kumpulan tersebut membayar 18 yuan (RM12) untuk lawatan tersebut yang turut memberikan makanan tengahari.
Paling mengejutkan, mereka semua akhirnya dibawa ke kawasan kubur dan diberikan pembentangan jualan (sales pitch).
Menurut seorang lelaki bernama Zheng, dia dijemput oleh sebuah agensi pelancongan bernama Longyao untuk menyertai lawatan tersebut, dan kemudian menyebarkan jemputan tersebut kepada teman-teman lain yang turut serta sekali.
Mereka langsung tidak menjangkakan yang mereka akan dibawa ke sana, dan kemudian Zheng melaporkan perkara tersebut kepada Chongqing's Culture and Tourism Development Committee yang kini sedang menyiasat perkara tersebut.
Menurut pihak pelancongan tempatan, syarikat tersebut tidak memegang lesen yang sah, dan pihak berkuasa mereka berkata perkara tersebut telah berlaku banyak kali sebelum ini.
Sumber: BBC News
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah