Selamba Petik Bunga Di Taman Macam Dia Yang Tanam, Kelakuan Pelancong China Dikecam!

VIRAL
July 04, 2019 - 05:42 PM


Angkara perbuatan yang tidak bertanggungjawab segelintir pelancong di China yang memetik dan mencuri bunga teratai, menyebabkan sebuah taman yang terkenal dengan bunga-bungaan Lotus itu terpaksa membatalkan pembukaannya sehingga akhir tahun ini.

Taman Ekologi dan Budaya Longqiao di Sichuan, China sememangnya popular di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa dengan keindahan kuntuman bunga-bunga teratai di atas tasik yang berkeluasan 250,000 meter persegi.

Namun pada hujung Mac lalu, taman itu ditutup buat sementara waktu untuk pembinaan saluran air dan dijadualkan dibuka semula pada bulan ini.

Malangnya, sejak musim bunga/panas pada Jun lepas, didapati ratusan pelancong warga China menyelinap dan menceroboh masuk ke dalam taman itu untuk memetik bunga-bunga teratai yang mulai berkembang indah dengan warna merah jambu.

Menurut pihak pengurusan, nota larangan masuk telah diletakkan di pintu dan sekitar kawasan taman, namun tidak diendahkan oleh penceroboh berkenaan.

Malah, anggota keselamatan yang melakukan rondaan juga gagal mengawal tindakan pelancong-pelancong itu yang dianggarkan sekitar 200 hingga 300 orang memecah masuk ke dalam taman itu setiap hari.

Bahkan, segelintir daripada mereka juga sanggup memanjat pagar yang tinggi dan memotong pagar besi semata-mata mahu memetik bunga teratai di taman berkenaan.

Sumber: The Star

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah