COVID-19: Gunung Everest Ditutup Kepada Pendaki Hingga Mei 2020

VIRAL
March 13, 2020 - 04:56 PM


Anda seorang pendaki dan mempunyai rancangan untuk menawan mana-mana puncak gunung tertinggi di dunia seperti Everest, tidak lama lagi? Ini ada berita kurang menggembirakan buat anda.

Bermula bulan ini hingga Mei depan, Nepal mengumumkan untuk menutup semua lokasi pendakian di puncak Himalaya termasuk Gunung Everest bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Negara di mana terletaknya 8 daripada 14 gunung tertinggi di dunia termasuk Everest menggantung semua aktiviti pendakian atau ekspedisi ke semua puncak tersebut sepanjang musim bunga ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Pelancongan Nepal, Yogesh Bhattarai susulan berlakunya satu kes COVID-19 di negara tersebut yang melibatkan seorang pelajar yang baru pulang dari China.

Pelajar berkenaan telah diuji bersama 450 orang lain, namun malangnya hanya dia yang disahkan positif koronavirus.

Setiap tahun, Nepal memperoleh pendapatan melebihi RM17 juta daripada yuran permit yang dikenakan ke atas pendaki dari seluruh dunia yang ingin menawan puncak-puncak gunung tertinggi itu.

Sumber: The Star

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah