Dah Boleh Rentas Negeri Mulai Hari Ini, Apa Yang Korang Perlu Tahu

VIRAL
December 07, 2020 - 02:58 PM


Berita baik untuk kaki travel dan korang yang bekerja di dalam industri travel di Malaysia, mulai hari ini, 7 Disember 2020, korang dah dibenarkan untuk merentas negeri. Akhirnya, kita sudah boleh release stress dengan balik kampung dan pergi bercuti di negeri-negeri lain. Oh ya, tapi korang masih lagi tak boleh pergi ke kawasan PKPD tau.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mulai pada hari ini juga, pihak polis tak akan buat sekatan jalan raya lagi. Jadi tak perlu minta kebenaran dari polis untuk merentas negeri dah. Perkara ini dilakukan bagi menjaga keseimbangan ekonomi dan kesihatan. Kalau diteruskan, pasti ekonomi pelancongan akan terjejas teruk dan tidak boleh diselamatkan. 

Oh ya, tapi bagaimana pula dengan jumlah penumpang di dalam kereta kan? Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, sidang khas dah bersetuju untuk memberi kebenaran agar jumlah penumpang berdasarkan jumlah kapasiti tempat duduk dalam kendaraan yang dinaiki. Dengan kata lain, kalau kereta korang ada 4 tempat duduk, hanya 4 orang sahaja yang dibenarkan. 

Jadi kalau ada di antara korang yang memulakan perjalanan hari ini, sila berhenti di RnR kalau korang penat dan mengantuk. Sebagai rakyat Malaysia, rasanya agak lama juga kita tak drive jauh-jauh ni. Microsleep ketika drive boleh bawa maut ya, sila berhati-hati. Dan bila dah boleh rentas negeri ni, jangan lupa untuk patuhi SOP okay? 

Sumber: Berita Harian

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah