Keputusan Rentas Negeri Dan Dine-In Untuk Mereka Yang Lengkap 2 Dos Vaksin Akan Diketahui Sehari Dua Lagi
VIRALSama juga dengan min, mesti korang yang dah dapat vaksin terutama sekali 2 dos menanti-nantikan berita baik seperti kelonggaran merentas negeri, ataupun kebenaran untuk makan di dalam restoran kan?
Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada penerima lengkap dua dos vaksin sama ada pada esok atau lusa bagi memberi keselesaan kepada rakyat.
Menurutnya, beberapa kelonggaran telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum dimuktamadkan tidak lama lagi dan diantara kelonggaran yang dipertimbang MKN termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah bagi berjumpa ahli keluarga, makan di premis serta menjalani aktiviti sukan atau sosial tertentu.
Namun, Muhyiddin mengingatkan meskipun kelonggaran akan diumumkan, masyarakat masih perlu menyedari bahawa negara masih belum mencapai nilai ambang yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara.
Muhyiddin berkata rakyat Malaysia masih belum divaksin 100 peratus namun beliau berharap ada keselesaan dan masa untuk masyarakat beriadah bersukan main tenis, badminton, golf atau pun berkunjung ke gimnasium.
Katanya, kesemua itu telah dipersetujui MKN, namun masih belum diumum.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah