Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang Kembali Lagi, 1&2 Feb Ini!

VIRAL
January 28, 2020 - 02:57 PM


Kalau hujung minggu ini iaitu pada 1 & 2 Februari, anda tak tahu nak bercuti atau bawa anak-anak berjalan ke mana --- mungkin ini idea terbaik untuk anda!

Apa kata anda bawa mereka menaiki belon udara panas setinggi 60 kaki di "PENANG HOT AIR BALLOON FIESTA 2020" yang bertempat di Padang Polo, Georgetown, Pulau Pinang.

Pastinya ia akan menjadi pengalaman yang paling menyeronokkan untuk ahli keluarga atau rakan-rakan anda apabila dapat menikmati pemandangan indah keseluruhan bandar Georgetown dari atas udara.

Fiesta yang dianjurkan untuk kali ke-6 pada tahun ini bakal menyaksikan pilihan 15 buah belon udara panas berwarna-warni untuk para pengunjung bermula dari pukul 7 pagi hingga 9 malam.

Selain menaiki belon udara panas, para pengunjung juga boleh mencuba pelbagai aktiviti lain seperti :-

- Paddle boat ride

- Petting Zoo

- Trampoline

- Reverse bungees

- Bull ride

- Busking

- Cold inflation (menikmati suasana dingin dalam belon yang dipenuhi udara sejuk di atas tanah) 

- Night Glow Show (menampilkan 10 belon yang dihiasi muzik dan warna-warni lampu)

ACARA: PENANG HOT AIR BALLOON FIESTA 2020

TARIKH: 1 & 2 Februari 2020 (Sabtu & Ahad) 

LOKASI: Padang Polo, George Town, 10450, Pulau Pinang.

BAYARAN MASUK: Percuma (Kecuali Riding Balloon Tether = RM50 & Cold Inflation = RM5)

* Bagi mereka yang berminat menaiki belon terbang percuma, sila hubungi AKA Balloon di +6012-372 7579 atau e-mel: akmal@myballoonadventure.com

* Tertakluk kepada terma & syarat

Sumber: PENANG HOT AIR BALLOON FIESTA 2020

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah