Jepun Tutup Laluan Pendakian Gunung Fuji Untuk Musim Panas, Bermula Julai

VIRAL
May 29, 2020 - 05:39 PM


Jepun memutuskan untuk menutup Gunung Fuji dari pendaki pada musim panas ekoran penularan pandemik COVID-19.

Gunung Fuji, gunung volkano tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776 meter di atas paras laut adalah tarikan pelancongan negara matahari terbit itu.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh 60 tahun semua laluan menuju ke gunung itu ditutup, demikian laporan Kyodo News dipetik agensi berita Anadolu.

Terletak di tengah wilayah Shizuoka di sepanjang perairan pasifik, terdapat tiga laluan utama ke puncak Gunung Fuji yang juga tapak warisan dunia UNESCO.

Musim mendaki bermula Julai hingga September setiap tahun.

Pihak berkuasa Shizuoka baru-baru ini mengumumkan bahawa ia tidak akan membuka sebarang laluan bagi musim pendakian tahun ini.

Wilayah tengah Yamanashi pula mengumumkan ia juga tidak akan membuka laluan keempat ke puncak gunung itu, yang juga pilihan 60 peratus pendaki ke Gunung Fuji.

Pihak berkuasa juga memutuskan menutup semua kabin di sepanjang laluan itu.

Tahun lalu, seramai 236,000 individu mendaki gunung itu.

Jepun merekodkan lebih 16,000 kes COVID-19 dengan 769 darinya maut.

Sumber: AlHijrah Online

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah