Ketahui Kisah Tama, Si Bulus Yang Jadikan Stesen Kereta Api Di Jepun Popular Semula!
VIRALNovember 18, 2019 - 02:45 PM
Siapa yang suka melancong ke Jepun? Korang ada tak yang pernah ke Stesen Kishi di bandar Kinokawa iaitu hentian terakhir bagi Landasan Elektrik bagi Wilayah Wakayama.
Kalau siapa yang pernah menjejakkan kaki ke sana, korang mesti pernah dengar atau familiar dengan nama 'TAMA'.
Tama sebenarnya merupakan seekor kucing yang bekerja sebagai 'Train Master', lengkap berpakaian seakan-akan ketua stesen kereta api dan siap dengan topi khas lagi. Memang nampak segak si Tama!
Sejak Tama bekerja di situ, si bulus tersebut telah menjadi 'bintang' kerana semakin ramai pengunjung mahupun pelancong yang beratur untuk membeli tiket kereta api daripadanya serta menyebabkan perkhidmatan Kishigawa Line yang pernah hampir muflis pada asalnya, kembali menjana pendapatan lumayan hanya gara-gara kehadiran Tama di pintu masuk menjual tiket.
Korang jangan tak tahu, Tama pun siap ada bilik pejabat sendiri tau!
Malah, Tama juga menerima gaji daripada hasil kerjanya dalam bentuk makanan selain mempunyai blognya sendiri.
Pada tahun 2010, Tama secara rasmi dilantik menjadi Pegawai Operasi Stesen Kishi dan sebagai simboliknya struktur pintu masuk utama ke stesen berkenaan juga dibina menyerupai kepala seekor kucing yang membuatkan pengunjung serta peminat Tama semakin teruja untuk melawat kawasan pelancongan tersebut.
Kalau berkunjung ke Stesen Kishi, korang jangan lepaskan peluang untuk singgah ke kedai cenderamata yang menjual pelbagai jenis barangan berkaitan Tama seperti baju dan anak patung.
Bagaimanapun, pada tahun 2012, Tama telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 16 tahun kerana sakit tua.
Hampir 3,000 orang menghadiri upacara pengebumian Tama dan si bulus itu memperolehi status Dewi Shinto mengikut masyarakat Jepun di atas dedikasi kucing tersebut yang banyak membantu menyumbang kepada prestasi memberangsangkan stesen kereta api berkenaan.
Kini, jawatan Tama sebagai Train Master diambil alih oleh seekor lagi kucing bernama Nitama yang mempunyai wajah dan warna bulu seakan mirip Tama.
Baca juga: Jom Kenali Gli, 'Penghuni Tetap' Di Hagia Sophia!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah