Pengangkutan Awam Paling Unik Di Dunia. Ada Yang Anda Pernah Cuba?
TARIKANNovember 11, 2019 - 01:32 PM
Bila kita melancong ni orang selalu kata "jauh perjalanan, luas pemandangan".
Jika anda berpeluang melancong ke negara orang yang memiliki keunikan tersendiri, pastinya ia akan membuatkan percutian anda lebih diingati dan menjadi kenangan manis.
Selain tarikan dari segi destinasi pelancongan, makanan, tempat shopping atau lokasi-lokasi Instagrammable -- tidak terkecuali yang boleh meninggalkan kenangan adalah mungkin jenis kenderaan atau pengangkutan awam mereka yang unik dan tidak terdapat di tempat lain seluruh dunia.
Berikut adalah 4 jenis kenderaan awam boleh dikatakan paling unik di dunia dan boleh korang cuba sekiranya berkunjung ke negara-negara berkenaan.
1. KERETA API BULUH – BATTAMBANG, CAMBODIA
Keretapi Buluh merupakan salah satu tarikan unik yang hanya terdapat di Cambodia. Setiap ‘gerabak’ dikendali oleh seorang pengemudi (seakan naik bot).
Kalau nak tahu, setiap ‘gerabak’ tu ada enjin yang membolehkan setiap keretapi bergerak dengan kelajuan sehingga hampir 50km/j. Trek ada 1 je, jadi pandai-pandai la ‘driver’ ikut giliran.
Kos pengangkutan pula cuma $5 (bersamaan RM 20.50). Siapa ke Cambodia boleh la cuba. Rugi kalau tak naik sebab pengangkutan ni hanya terdapat di sana.
2. KERETA API LANDASAN TERBALIK – WUPPERTAL, JERMAN
Anda mungkin dah terbiasa tengok MRT, LRT kan? Bayangkan jika anda melihatnya dalam landasan terbalik. Hanya terdapat di Wuppertal, Jerman, ianya digunakan hampir 120 tahun (sejak tahun 1901).
Ianya juga merupakan keretapi elektrik tertua di dunia yang membawa lebih 80,000 penumpang setiap hari. Hebat, kan?
3. TEKSI COCO – HAVANA, CUBA
Havana ooh na-na....Ia merupakan sebuah teksi dengan 3 tayar seperti tut-tut, tapi dengan reka bentuk comel seakan buah kelapa (coconut).
Walaupun hanya mampu membawa penumpang dalam bilangan kecil (4 orang termasuk pemandu), kenderaan ini merupakan antara pengangkutan utama yang hanya terdapat di Havana, Cuba.
Selain itu, ia juga mampu bergerak lebih laju berbanding teksi biasa kerana saiznya yang kecil dan paling penting, kos yang lagi murah.
4. BARCO DE TOTORA – TASIK TITICACA, PERU
Bentuk perahu yang unik, seakan kepala naga. Lebih unik, perahu ni juga dibuat oleh sejenis buluh kecik yang disulam dan diikat oleh masyarakat Uros yang tinggal di sana.
Jenis pengangkutan ni dianggarkan sudah wujud lebih 3,000 tahun yang lampau yang juga merupakan pengangkutan utama masyarakat setempat.
Biasanya, mereka juga suka gunakan Barco de totora kerana ianya didayung secara manual. Jimat sebab tak pakai minyak ni. Cuma lambat sikit la tapi enjoyyy....
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah