Hati-Hati Jika Bercuti Di Phuket, Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Telah Dikeluarkan!
VIRALAugust 16, 2019 - 06:04 PM
Jika korang ada perancangan untuk bercuti ke Phuket, Thailand pada hujung minggu ini atau mungkin telah berada di pulau peranginan terkenal dunia itu, dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan menghentikan sementara sebarang aktiviti di laut.
Ini kerana Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Phuket sehingga Isnin depan (19 Ogos 2019).
Amaran tersebut yang dikeluarkan sebentar tadi jam 5 petang Jumaat (16 Ogos) adalah susulan daripada pergerakan angin kencang barat daya yang berada dalam kategori pertama dengan kelajuan 40 hingga 50km/j dengan ketinggian ombak antara 2.5 hingga 3.5 meter (sekitar 8.2 hingga 11.5 kaki).
Cuaca ini menyebabkan laut bergelora dan ia berbahaya terutama kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi pantai dan sukan laut.
Sumber: MET Malaysia
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah