KL-Singapura Laluan Udara Paling Sibuk Di Dunia!

VIRAL
March 26, 2019 - 03:44 PM


Laluan perjalanan udara di antara Kuala Lumpur ke Singapura dinamakan sebagai 'laluan antarabangsa yang paling sibuk di dunia' dengan 30,187 penerbangan beroperasi.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Menurut laporan syarikat pembekal data perjalanan global (OAG), Kuala Lumpur disenaraikan sebagai dua daripada lima pasaran utama antarabangsa paling sibuk di dunia.

KLIA 2

Manakala laluan Incheon ke Osaka turut mencatatkan jumlah peningkatan berjumlah 2,223 penerbangan.

Tiga puluh peratus daripada laluan antarabangsa tersibuk di dunia beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKG), yang disenaraikan dalam enam daripada 20 pasaran utama kategori tersebut.

Sementara itu, bagi kategori 'laluan singkat yang paling sibuk di dunia' adalah di antara Jeju ke Seoul dengan 79,460 penerbangan beroperasi, diikuti Melbourne ke Sydney dengan 54,102 penerbangan.

OAG merupakan syarikat yang telah menjanakan pertumbuhan dan inovasi bagi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929.

Menara Kawalan Lapangan Terbang Changi, Singapura

Tambah OAG dalam satu kenyataan pada Selasa, Singapura merupakan destinasi paling popular bagi laluan jarak jauh paling sibuk di rantau itu, dengan enam ketibaan di negara berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah