Ibu Mengandung Patut Ambil Vaksin Ke Tak? Ini Kata Pakar

GAYA HIDUP
May 07, 2021 - 08:54 PM


Pada musim pandemik ni, menjadi seorang ibu mengandung sudah tentu sukar, dan antara soalan yang membelenggu sudah tentu sama ada vaksin Covid19 ini selamat untuk ibu mengandung atau tidak. Soalan ini amat logik untuk ditanya kerana bukan sahaja risau akan ibu sendiri, malah kesan terhadap bayi turut menjadi tanda tanya ibu-ibu. 

Terdahulu, jawapan kepada soalan itu tidak dapat dijawab kerana ujian klinikal vaksin tersebut tidak dilakukan terhadap ibu mengandung kerana khuatir akan kesan tersebut terhadap golongan itu. Namun, ujian terbaru yang memberikan vaksin Covid-19 kepada ibu mengandung didapati selamat dan sangat berkesan dalam melindungi bukan sahaja ibu, malah anak di dalam kandungan. 

Sebuah kajian yang dilakukan oleh American Journal of Obstetrics and Gynecology terhadap 131 perserta, 84 mengandung, 31 meyusu, dan 16 yang tidak mengandung mendapati bahawa vaksin tersebut terbukti berkesan bukan sahaja dalam memberi imuniti kepada ibu mengandung, malah antibodi tersebut turut disalurkan kepada bayi di dalam kandungan melalui plasenta, serta susu badan. 

Adakah vaksin penting untuk ibu mengandung?

Jawapan ringkasnya, ya. 

Pertama sekali, vaksin ini tidak memberi kesan terhadap kesihatan ibu dan bayi, selain memberikan pelindungan yang berkesan kepada kedua-dua pihak daripada virus pandemik itu. Di dalam keadaan yang tidak terkawal tatkala ini, lebih baik kita kekal selamat. 

Selain itu, ibu mengandung yang melalui ujian klinikal yang merasai kesan sampingan terhadap vaksin juga didapati menghadapi kesan sampingan yang sama seperti mereka yang tidak mengandung, bermaksud tiada kesan sampingan berbeza yang sepatutnya menakutkan bagi ibu mengandung. 

Namun, yang membezakan adalah apabila ibu mengandung mengalami kesan sampingan seperti demam, mereka harus dirawat dengan cara yang berbeza, ibu mengandung tidak digalakkan untuk memakan sebarang ubat bagi melawat kesan sampingan, selain Tylenol yang terbukti berkesan, dan selamat untuk ibu mengandung. 

Sumber: healthessentials / cleveland clinic

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah