Sekarang Dah Kena Pakai 'Double-Mask', Korang Tahu Tak Caranya?

GAYA HIDUP
May 24, 2021 - 03:34 PM


Baru-baru ini, Kerajaan ada mengumumkan beberapa perubahan dari segi SOP untuk diamalkan oleh orang ramai, antaranya mengenai pemakaian dua keping pelitup muka berserta pelindung muka.

Ianya adalah amat digalakkan jika seseorang berada di tempat awam yang sesak dan berisiko tinggi seperti hospital.

Namun, setakat ini pemakaian dua pelitup muka bukanlah sesuatu yang diwajibkan oleh Kerajaan.

Cara Pemakaian 2 Keping Pelitup Muka = Belah Dalam Mask Pakai Buang + Belah Luar Mask Cuci Pakai

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemakaian dua keping pelitup muka mampu menapis sehingga 95 peratus virus Covid-19 namun buat masa ini, kerajaan belum mewajibkannya.

“Pemakaian dua keping pelitup muka adalah digalakkan tapi bukan diwajibkan. Bagaimanapun, memakai pelitup muka adalah wajib sekurang-kurangnya sekeping pelitup muka.

“Kalau berada di tempat yang sesak dan berisiko tinggi, adalah amat digalakkan untuk memakai dua keping pelitup muka dan juga pelindung muka,” katanya pada sidang media.

Jangan Gunakan Sehingga 2 Pelitup Muka Pakai Buang Atau Jangan Gabungkan Mask KN95 Bersama Mask Lain

Dr Noor Hisham berkata terdapat satu laporan baru-baru ini yang menyatakan virus Covid-19 bukan sahaja merebak melalui ‘droplet’ atau titisan bahkan turut merebak melalui ‘airborne’ atau bawaan udara.

Ismail Sabri pula menegaskan pemakaian pelindung muka serta niqab tanpa pelitup muka di dalamnya adalah satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Di bawah Akta 342, yang diwajibkan adalah memakai pelitup muka di tempat awam, selain pelitup muka ia tidak boleh dijadikan alasan, macam pelindung muka dan niqab tidak boleh dijadikan alasan tidak pakai pelitup muka.

“Kalau memakai pelindung muka dan niqab tidak memakai pelitup muka di dalamnya, ia tetap salah di bawah Akta 342,” katanya.

Di bawah Garis Panduan Penetapan dan Pengurangan Nilai Kompaun, kerajaan memutuskan kesalahan ringan seperti tidak memakai pelitup muka, gagal menjaga penjarakan fizikal serta tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau merekod butiran diri ketika memasuki premis akan dikenakan kompaun RM1,500.

Sumber: BERNAMA

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah