Melampau Betul Flat Ni Ubah Suai, Memang Kena Roboh La Jawabnya!

VIRAL
May 31, 2022 - 01:04 PM


Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terpaksa merobohkan binaan tambahan dan struktur binaan dibina pemilik kediaman di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 kerana tidak mendapat kelulusan.

MPAJ menerusi kenyataannya memaklumkan, tindakan mengubah suai rumah tanpa kelulusan mengikut Akta 133 dan Akta 757 bakal mendatangkan pelbagai risiko dan masalah kepada penduduk setempat.

"Isu keselamatan penduduk sekitar perlu diambil kira, tambahan rumah itu kelak mengganggu kerja-kerja menyelamat sekiranya berlaku sebarang malapetaka seperti kebakaran dan sebagainya.

"Kesannya, MPAJ terpaksa merobohkan struktur tambahan haram yang nyata menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlak pemilik tapi adalah dikongsi secara bersama."

MPAJ merobohkan binaan tambahan dan struktur binaan yang dibina pemilik sebuah kediaman secara haram di Blok 4, Flat UTM, AU3/1, Ampang.

"Kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja," kata MPAJ dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan sama, tindakan penguatkuasaan di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 atas kesalahan membina struktur tambahan tanpa kebenaran MPAJ telah dilaksanakan bermula pada 25 Mei.

"Tindakan bersepadu ini melibatkan Jabatan Bangunan dan Senibina serta Jabatan Penguat Kuasa MPAJ.

"Tindakan notis dan roboh serta-merta dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat," kata kenyataan.

Sebarang penambahan struktur di luar petak pemilik adalah menjadi kesalahan dan bagi mendapatkan maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPAJ di talian 03-4285 7110.

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah