Kota Bharu Miliki 'Terminal Bas Sementara' Paling Lama Di Malaysia, 12 Tahun! Daif & Ketinggalan Zaman!
VIRAL12 tahun bergelar 'Terminal Bas Sementara' di Malaysia!
Itu nasib yang dialami oleh penduduk Kota Bharu, Kelantan apabila terminal bas utama mereka iaitu Terminal Bas Kota Bharu yang terletak di Lembah Sireh masih berada dalam keadaan daif dan menyedihkan meskipun kini sudah berada di tahun 2022!
Menerusi laporan berita Berita Harian -- suasana persekitaran terminal bas berkenaan dilihat tidak selesa dan kekurangan pelbagai kemudahan sehingga dianggap antara lokasi pengangkutan awam yang ketinggalan zaman.
Tinjauan ke terminal bas itu mendapati ia 'rancak' beroperasi dengan menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar Kelantan -- namun keadaan fasiliti terbabit dilihat seolah-olah tiada sebarang kemajuan.
Malah, terminal bas itu masih terbuka tanpa dilengkapi pendingin hawa, selain tiada kemudahan seperti mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atau tempat menunggu yang sesuai untuk menampung pengunjung.
Pemandu teksi, Mohd Asri Abd Manaf, 52, berkata keadaan bertambah rumit apabila hujan kerana penumpang terpaksa meredah hujan dari tempat parkir kereta ke bas, berikutan tiada laluan berbumbung.
"Selain itu, tempat parkir bas dilihat tidak sesuai dan agak sempit untuk operasi pengangkutan awam yang menjadi tumpuan. Lazimnya, waktu pagi dan malam adalah kemuncak kehadiran ramai penumpang.
"Tandas juga mengalami masalah seperti terputus bekalan air apabila pengunjung terlalu ramai, selain surau agak sempit untuk menampung jemaah yang ramai," katanya.
Wan Yaacob Wan Jusoh, 72, yang berpengalaman sebagai pemandu bas ekspres lebih 40 tahun, mengaku Terminal Bas Lembah Sireh sudah agak daif.
"Pada pendapat saya, ia harus dibangunkan dengan lebih baik supaya dilihat moden dan selesa, memandangkan terminal bas menjadi lokasi pertama ketibaan mereka yang menaiki pengangkutan awam itu ke negeri ini.
Kerajaan negeri diharap lebih peka dan mengambil tindakan segera untuk memajukan terminal bas utama ini supaya tidak timbul isu yang bukan sahaja boleh menjejaskan industri pelancongan, tetapi juga imej Kelantan.
"Justeru, sudah tiba masanya, terminal bas yang dilengkapi pendingin hawa dan pelbagai kemudahan dibina di Kota Bharu untuk keselesaan semua pihak," katanya yang kini menjadi pemandu teksi.
Wan Yaacob berkata, difahamkan kerajaan negeri sebelum ini didakwa berjanji ia hanya terminal sementara, namun ia masih beroperasi selepas lebih 12 tahun dan belum ada terminal baharu.
Cerita mengenai kedaifan terminal bas tersebut juga mengundang kekecewaan penduduk Kota Bharu sendiri sehingga mengabadikannya di dalam video TikTok dan dikongsikan di laman media sosial.
Dah sampai ke Terminal Bas Kota Bharu.
— luqmanlong (@luqmanlong) May 29, 2022
Viral bukan sebab fasiliti nombor satu, tapi sebab hidup segan mati tak mahu.
Alasan macam-macam, tapi kerjanya tak jalan.
Orang Kelantan balik mengundi nanti, singgah dulu sini. pic.twitter.com/uNxURAYrxP
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah