Senarai Perkhidmatan E-Hailing Di Malaysia, Ada 31 Kesemuanya
GAYA HIDUPSemakin diterima ramai. Itulah yang boleh dirumuskan dengan kewujudan perkhidmatan e-hailing di negara kita. Jika dulu ia menjadi pilihan sebahagian masyarakat sahaja, kini pelajar seawal tingkatan 1 pun sudah pandai menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat tusyen dan sabagainya.
Di Malaysia, terdapat lebih daripada 30 syarikat e-hailing telah beroperasi dan setiap satunya mempunyai tawaran – tawaran menarik selain ada yang menawarkan rebat dan diskaun.
Dari sudut positif, kita sudah mempunyai sekurang – kurangnya 30 alternatif lain sekiranya salah satu mengecewakan.
Antara yang popular dan mendominasi pasaran semestinya Grab yang sebelum ini telah mengambil alih operasi Uber di Asia Tenggara secara rasmi pada Mac 2018.
Selain memudahkan para pengguna, sejak adanya Grab di Malaysia pada 2012, ia telah mewujudkan peluang pekerjaan dan menjadi salah satu medium untuk menambahkan pendapatan kepada lebih 10,000 orang. Ini termasuk dalam kesemua perkhidmatan yang ditawarkan seperti GrabFood dan GrabExpress.
Selain Grab, antara yang mula mendapat nama adalah MyCar, Socar, MULA dan pelbagai lagi. Berikut adalah senarai 31 pengendali e-hailing yang sah dan diluluskan untuk beroperasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) setakat 25 Julai 2019 :
- Grab
- Big Blue Customer
- Taxi Go
- DOB
- Dacsee
- EZCab
- Faszz
- Cioaz
- Mula
- Che
- PicknGo
- MyCar
- MyGo
- JomRides
- Frenzt
- ZeppOn
- UNID
- Drivegth WeweJourney
- Linkz
- Diffride
- Get Car
- Tutucars
- Eazi Car
- Texspo
- Kwikride
- Firecab
- Ridez
- Eevom
- My2sg
- Mann Go
- Nucar
Sumber : Utusan Online
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah