Sekarang Ni Semua Pun Digital & Orang Malaysia Paling Ramai Guna E-Dompet Kat Asia Tenggara!
GAYA HIDUPJuly 01, 2020 - 03:18 PM
Malaysia mendahului dalam penggunaan dompet mudah alih/digital di Asia Tenggara, diikuti dengan Filipina (36 peratus), Thailand (27 peratus) dan Singapura (26 peratus), menurut Kajian Impak Mastercard 2020.
Keputusan Edisi Pasaran Malaysia menunjukkan sebanyak :-
- 40 peratus daripada pengguna di Malaysia dilaporkan menggunakan lebih banyak dompet mudah alih/digital
- 26 peratus kad debit tanpa sentuhan
- 22 peratus kad kredit tanpa sentuhan
Oleh itu, penggunaan tunai merosot 64 peratus sejak awal pandemik COVID-19.
Perubahan dalam cara pembelian menunjukkan peralihan di seluruh rantau dengan pasaran lain seperti Singapura, Filipina dan Thailand turut mengurangkan penggunaan tunai, masing-masing sebanyak 67 peratus, 64 peratus dan 59 peratus.
Negara-negara itu juga menyaksikan peningkatan yang sama pada penggunaan semua kaedah pembayaran tanpa sentuhan.
Kajian turut menyaksikan penggunaan pembayaran digital di Malaysia turut lebih tinggi berbanding pasaran lain di Asia Tenggara.
Pada April, pengguna melakukan lebih banyak pembayaran tanpa tunai termasuk pembayaran mudah alih dan QR sebanyak 18 peratus berbanding 16 peratus di Filipina, 15 peratus di Singapura dan 15 peratus di Thailand.
PENINGKATAN KEGIATAN DIGITAL
Selain itu, Malaysia turut menyaksikan peningkatan pada aktiviti digital terutamanya membeli-belah dalam talian dan penggunaan pembayaran digital yang juga lebih tinggi berbanding pasaran lain di Asia Tenggara.
Hampir separuh daripada pengguna yang dikaji di Malaysia melaporkan peningkatan membeli-belah dalam talian sepanjang tempoh yang sama.
Rakyat Malaysia banyak meluangkan masa melayari Internet untuk :-
- Berita dan hiburan (75 peratus)
- Penstriman video dalam talian (57 peratus)
- Media sosial (55 peratus)
- Penghantaran makanan atau barangan runcit ke rumah (50 peratus)
Selain itu, sebanyak 64 peratus daripada rakyat Malaysia berkata mereka akan membeli-belah dalam talian dalam kekerapan yang sama seperti sekarang atau sebelum pandemik walaupun sekatan ditarik balik.
Pada masa yang sama, pengguna dijangka akan meneruskan penghantaran ke rumah (54 peratus) dan bekerja dari rumah (45 peratus).
Sementara itu, Presiden Bahagian Mastercard Pasaran Pesat Membangun Asia Tenggara Safdar Khan berkata syarikat itu komited untuk menggunakan kuasa data bagi membolehkan perniagaan dalam semua saiz menyesuaikan dengan keperluan, pilihan dan tatalaku pengguna yang berubah melalui e-dagang, had pembayaran tanpa sentuhan yang meningkat serta menerajui peralihan kepada tanpa sentuhan di rantau ini.
Data diperolehi daripada 10,000 pengguna dan/atau karyawan perniagaan dalam 10 pasaran di rantau Asia Pasifik.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah