Siapa Kata Rumah Hantu Lelong Murah? Rumah Inspirasi Kisah The Conjuring Dijual Pada Harga RM5.02 juta
GAYA HIDUPIngatkan kalau rumah hantu mesti lelong murah kan? Haa, siapa cakap!
Sebuah rumah di Rhode Island yang merupakan sebuah rumah berhantu yang menjadi inspirasi kepada pembikinan filem The Conjuring pada 2013, dijual pada harga AS$1.2 juta (RM5.02 juta).
Realtor Mott & Chace Sotheby’s International Realty menyenaraikan rumah 14 bilik yang berkeluasan 290 meter persegi, di pasaran jualan hartanah pada minggu lalu.
Agensi hartanah itu turut menyifatkan rumah ladang yang dibina atas tanah seluas 3.5 hektar di Burrillville, sebagai salah sebuah rumah berhantu yang paling terkenal di Amerika Syarikat (AS).
“Ramai menyatakan, rumah ladang ini dihantui kewujudan Bathsheba Sherman yang tinggal di kediaman tersebut sekitar 1800-an.
“Sehingga hari ini, banyak kejadian mengerikan berlaku.”
Filem The Conjuring tidak menjalani penggambaran di rumah tersebut namun dibikin berdasarkan pengalaman keluarga Perron yang pernah tinggal di rumah berkenaan pada 1970-an.
Kali terakhir rumah tersebut dijual pada 2019 pada harga AS$439,000 (RM1.83 juta) kepada sebuah keluarga yang menggelar diri mereka sebagai penyiasat paranormal.
Mereka juga mengadakan beberapa acara di tapak tersebut dan menyewa bilik rumah itu kepada para tetamu yang menginginkan pengalaman ‘menakutkan’.
Sebelum itu, pemilik terdahulu tidak pernah mengadu mengenai hantu namun mengeluh mengenai peminat filem seram tersebut yang mengunjungi dan menceroboh hartanah berkenaan hampir setiap masa.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah