Jiran Tambah Bilik Tak Bincang, Kontraktor Tuntut Duit Tampal Dinding Bahagian Luar

VIRAL
October 01, 2021 - 05:20 PM


Jiran nak rumah cantik... kita yang tanggung kos... boleh ke macam tu?

Memang semua orang kalau ada duit lebih, mesti nak selesakan tempat tinggal masing-masing, sebab itu kita sering nampak rumah-rumah yang diubahsuai. 

Kalau kita lalu di kawasan perumahan yang lama, sampai susah nak cari reka bentuk asal kawasan perumahan tersebut sebab kebanyakan rumah dah touch up. 

Malah, kawasan perumahan yang baru sekali pun, ada sesetengah pemilik yang terus langsungkan pelan untuk mengubahsuai rumah agar kena dengan cita rasa tuan rumah. 

Tapi... masalah mula timbul apabila ada pemilik rumah yang melalukan ubah suai yang berskala besar, terutama sekali di bahagian luar, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan jiran. 

Betul, hidup berjiran kena ada toleransi, namun perkara-perkara seperti mengubahsuai rumah yang melibatkan rumah jiran perlulah dibincangkan terlebih dahulu agar jiran juga dapat hidup dengan selesa. 

Seringkali berlaku pertelingkahan antara jiran kerana pengubahsuaian rumah dilakukan tanpa berbincang terlebih dahulu, dan lebih mengeruhkan keadaan apabila wujudnya kontraktor yang mengambil kesempatan menuntut kos tambahan dari pemilik rumah sebelah dengan alasan ubah suai tersebut berlaku di dalam kawasan rumah sebelah.  


*Gambar sekadar hiasan

Pernah juga berlaku keadaan di mana pemilik rumah bersebelahan enggan membayar tuntutan kontraktor yang tamak, langsung ubah suai yang berlaku di bahagian rumah sebelah tidak disiapkan dengan sempurna. 

Antara kes yang paling kerap berlaku adalah dinding di bahagian rumah sebelah dibiarkan tidak bertampal, ataupun 'batu bata bogel'. 

LAPORKAN KEPADA PBT


*Gambar sekadar hiasan

Sekiranya anda menjadi mangsa pengubahsuaian rumah yang mengganggu rumah anda sendiri, atau terpaksa berhadapan dengan kontraktor yang tamak, dinasihatkan untuk membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sekiranya kontraktor ataupun tuan rumah didapati bersalah, tindakan boleh diambil, malah arahan roboh juga mungkin dikeluarkan sekiranya ubah suai yang dilakukan tidak menepati piawaian. 

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah