Takut Terlepas Penerbangan Balik Kampung Nanti? Cuba Ikuti Tips Dari Air Asia Ini
GAYA HIDUPWalaupun baru masuk minggu kedua, rasanya dah boleh dah kitorang share pasal tips nak balik beraya kan? Alah, shopping mall pun dah start main lagu raya. Takkan kitorang takleh nak share tips untuk bersedia untuk raya ye tak? Benda boleh share awal, kenapa nak share lambat. Hee~
Kita sedia maklum, pada musim perayaan inilah perantau-perantau akan pulang menyambut hari lebaran di kampung halaman masing-masing, tidak hairanlah tiket pengangkutan awam akan cepat habis bila tiba musim perayaan. Bak kata orang sekarang ni ‘laku keras’ lah.
Untuk yang dah beli tiket awal tu, tahniah. Untuk yang terlepas beli tiket, korang raya dekat KL ajelah nampaknya. Tapi, yang dah beli tiket tu, kami nak ingatkan… Jangan terlepas pulak. Lagi-lagi kalau yang menariki kapal terbang. Korang pun sedia maklum kan, tiket mahal macam mana kalau raya. Lagi pulak kalau ke Sabah atau Sarawak sana.
Kalaulah korang ada perasaan ‘takut’ tertinggal atau terlepas penerbangan masa musim perayaan, ikuti tips ini :
#1. Jangan Lambat! Jangan!
Bila dah ulang dua kali perkataan jangan tu, memang kalau boleh jangan lah. Satu, disebabkan tiket memang mahal, atau kebanyakannya habis, jadi boleh jatuh hukum ‘wajib’ awal ke airport.
Selain barisan panjang di kaunter pendaftaran dan kaunter penyerahan bagasi, korang kena ambil kira masa perjalanan. Ini termasuklah aliran trafik dan mungkin ketiadaan ruang parking atau korang perlu berjalan jauh.
Kalau ke airport dengan pengangkutan awam, korang naiklah keretapi. Sebab sah-sah tak jem, cuma harap tiada kerosakan teknikal lah.
Berapa Awal Kena Ada Di Airport?
Untuk penerbangan domestik, dua jam sebelum waktu berlepas, kalau penerbangan antarabangsa, tiga jam!
Korang kena ingat, bila tiba di airport, perjalanan ke boarding gate memang jauh. Lagi-lagi kalau kena di KLIA 2. Itu belum masuk kena beratur nak check-in kan beg, pemeriksaan kastam dan sebagainya.
Kalau korang kata, alah biasalah tu ramai, tapi kena ingat, ini musim perayaan. Jangkakan penumpang penerbangan berganda.
P/s : Suka atau tidak, waktu puncak macam musim perayaan ni kan, sebenarnya korang kena sampai EMPAT jam lebih awal sebelum pelepasan.
Oh, korang tahu tak kaunter ‘drof-off’ beg tu akan ditutup 60 minit atau SEJAM sebelum waktu pelepasan?
#2. Sentiasa Pastikan Dokumen Penting Ada Bersama
Nak naik flight, semestinya satu korang kena ada tiket penerbangan, tapi ini boleh diprint di airport, cuma pastikan ingat atau ada soft copy dalam handphone lah. Kedua, kad pengenalan atau passport. Kad pengenalan kalau untuk penerbangan domestik, passport guna untuk penerbangan antarabangsa.
Selain itu, boarding pass juga jangan dilupakan.
Sila pastikan passport korang masih boleh digunakan, dalam erti kata lain tak mati lagi lah.
Nak senang, sediakan checklist dan pastikan semua barangan penting dah ada. Kalau tak, jenuh nak patah balik amik dokumen yang tertinggal tu
#3. Check-In Awal
Fungsi check-in awal ni sebenarnya salah satu daripada cara pihak penerbangan nak kurangkan kesesakan di kaunter. Kebanyakan penerbangan hari ini dah mudah sebab boleh check-in seawall 14 hari sebelum penerbangan dan ini salah satu perkara yang sangat memudahkan kalau korang tak perlu ‘check-in’ beg.
Untuk lagi mudah, print sahaja boarding pass tersebut. Kadang kala, kaunter layan diri dekat KLIA tu pun ramai. Dan ada kalanya, boarding pass taknak keluar, maka terpaksalah beratur untuk dapatkan boarding pass. Kan dah membazir masa.
Oh, diingatkan, TRAVEL ITINERARY tu BUKAN boarding pass ye!
#4. Bagasi
Berat setiap beg adalah salah satu faktor yang melibatkan keselamatan. Ia merupakan perkara yang diambilkira oleh pilot demi menjaga keselamatan korang atas udara tu. Jadi, kalau limit bagasi 7 kilo, tolongklah jangan mengelat dengan bawak lebih.
Kalau kantoi, tak pasal-pasal kena beli baggage tambahan yang sememangnya korang sendiri pun tahu mahal kalau beli on the spot. Jadi, kalau dah tahu barang berlebihan berat, beli sahaja baggage tambahan tu. Musim perayaan ni, airport busy, jadi harapan nak lepas dengan ‘budi bicara’ ni agak tipis sebenarnya.
#5. Kaunter Keselamatan
Mohon bersiap sedia. Sediakan IC atau passport serta boarding pass, pastikan dipegang. Bukannya masih dalam beg, dah sampai turn korang baru nak teraba-raba cari. PEGANG! Ia leboh memudahkan.
Kasut, tali pinggang, laptop, telefon, jam, duit syiling, kunci, dan semua barangan yang akan berbunyi kalau latu metal detector tu, tolong masukkan dalam bakul.
Tips, kalau pakai jaket, masukkan kesemua barangan kecik dalam poket jaket. Senang, bukak jaket, letak dalam bakul, jalan.
Kedua, pakai seluar yang tak perlukan korang pakai tali pinggang. Kalau tak, ianya akan melambatkan lagi proses.
Cecair yang dibeli di kedai bebas cukai, PERLU diletakkan dalam bakul. Pastikan barangan-barangan yang kena masukkan dalam bakul ni, korang dah bersedia awal lagi sebelum sampai kaunter tersebut.
Tips seterusnya, jangan beratur belakang ‘group’ atau mereka yang ada anak kecil, pilih untuk beratur belakang ‘backpackers’ mahupun businessman. Biasanya diorang ni cepat lalu kaunter tu, sebab dah biasa.
Sumber : travel360
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah