Tips & Trick: Penjimatan Wrapping di Airport Korang Boleh Buat
GAYA HIDUPMungkin ramai yang sudah tahu atau biasa buat dengan benda ini, tapi aku sendiri belom pernah kongsikan lagi. Di kebanyakan airport menyediakan perkhidmatan pembukusan bag dengan plastik bagi memastikan keselamatan bag lebih terjamin.
Bagi airport di Jepun, harga untuk 1 pembukusan bag saiz sederhana adalah 1,000¥ (RM39). Jika anda mempunyai 5 bag untuk dibungkusan jadi harganya adalah 5,000¥ (RM196).
Cara paling jimat adalah cari kedai eco RM2 atau di Jepun ialah daiso. Dengan 100¥ anda dapat segulong plastik pembukusan makanan dan dengan 3 gulong sahaja anda dapat membalut sehingga 5 bag/kotak bergantung kepada penggunaan anda. Jadi kos hanyalah 300¥ (RM11.60) sahaja untuk membungkus 5 biji bag.
Bermakna anda boleh jimat sehingga RM180. Boleh makan KFC lagi. Selamat mencuba.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah