Tukar Duit Mata Wang Asing Online Je Sekarang!
TRAVELBagi siapa yang kaki melancong ke luar negara, antara perkara wajib yang kena buat sebelum fly semestinya tukar duit dalam mata wang asing. Tapi, makin nak dekat hari travel selalunya kita mesti lagi sibuk nak settle banyak benda, kan?
Kadang terkejar-kejar pergi sana-sini, sampai tukar duit pun terpaksa redhooo dengan rate tinggi ketika itu. Jangan risau, sekarang dah ada cara paling mudah untuk tukar currency iaitu buat online je!
Jom tengok macam mana cara buat tukaran mata wang asing secara atas talian seperti yang dikongsikan Siti Mariam ini.
1. Lawat Laman Web Merchantrade eForex
Sign-up sebagai ahli dan pilih mata wang negara yang korang nak. Masukkan jumlah tukaran yang diinginkan dan dia akan auto-round ke nombor genap untuk memudahkan pemberian wang.
2. Pilih Lokasi Untuk Pick-Up
Lepas tu pilih nak pick-up tukaran mata wang itu nanti di lokasi cawangan mana. Tapi perlu diingatkan bahawa khidmat tukaran ini hanya ada di Selangor & Kuala Lumpur sahaja.
Dan berikut senarai lokasi pilihan untuk pick-up.
3. Pilih Tarikh Pick-Up
Selalunya perlu bagi masa 2 hari tapi jika kurang dari 2 hari, perlu tunggu approval kerana proses untuk menghantar duit ke cawangan yang dipilih memerlukan tempoh.
4. Pilih Cara Pick-Up
Pilih sama ada nak self-collect atau assign 3rd party. Kalau korang wakilkan orang lain untuk ambil duit tu kena masukkan segala maklumat individu tersebut. Jadi, bukan sembarangan orang boleh ambil duit tu untuk pihak korang.
5. Review Order
6. Pilih Cara Pembayaran
7. Bayar Online
Dia akan direct ke online bank pilihan kita. Hanya perlu log-in & bayar macam biasa.
8. Semak Status Pembayaran Melalui Email
Setelah selesai proses pembayaran, korang akan mendapat satu email bagi menyatakan bahawa transaksi tersebut telah berjaya. Settled!
Korang jangan risau takut ni scam ke apa, sebab laman web Merchantrade eForex ni adalah SAH! Malah, wanita ini juga beritahu dirinya telah 2 kali membuat tukaran secara online sebegini!
Menurutnya lagi, korang digalakkan membuat tukaran online pada masa rate currency tengah rendah dan korang boleh pilih nak ambil bila-bila masa tanpa perlu risau rate tersebut akan naik. Best, kan?!
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah