Travel Dari Kelantan Ke Johor Naik 'The Jungle Train'! Macam Best Je Bunyinya, Kan...
TRAVELSeptember 09, 2020 - 01:23 PM
Sekarang ni kan semua orang sedang rancak menyusun rancangan Cuti-Cuti Malaysia masing-masing, tak kiralah untuk melancong bersama keluarga atau sahabat handai.
Biasanya kalau nak travel dalam negara mesti ramai yang memilih sama ada memandu kenderaan sendiri, menaiki bas ekspres ataupun penerbangan domestik.
Tetapi apa kata kali ini korang cuba jalan-jalan merentas negeri dengan pilihan pengangkutan yang agak unik dan jarang sekali dinaiki iaitu menggunakan 'The Jungle Train' atau kereta api versi lama yang lengkap dengan tempat tidur!
Bunyinya macam best je kan....
Nak tahu best ke tak best, jom kita ikuti pengalaman seorang pengguna di Twitter ini bernama Azreen Yunus yang telah berkongsi info serta maklumat mengenai perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Pantai Timur hingga ke selatan tanah air!
Ikuti thread anak muda ini :-
KERETA API LAMA LENGKAP DENGAN KATIL
1) "The Jungle Train". Perjalanan kereta api yang lengkap dengan tempat tidur atau boleh juga dipanggil 'sleeper train'. Aku saja cuba travel menggunakan train sebab boleh fight for carbon footprint dari Dabong, Kelantan ke Kluang, Johor.
Ia mengambil masa 12 jam, bunyi kereta api lama yang cukup mengasyikkan.
SIAP ADA KAFE & PEMANDANGAN LUAR YANG CUKUP MENAKJUBKAN
2) Kereta api ini terbahagi kepada tiga bahagian. 1st dan 2nd class with sleeper bed manakala 3rd class, kerusi ekonomi.
Lengkap dengan kafe dan tandas.
Dari Kelantan-Pahang-Negeri Sembilan-Johor. Sepanjang perjalanan boleh melihat permandangan indah gunung-ganang dan hutan.
SLEEPER TRAIN UNTUK PERJALANAN SEBELAH PANTAI TIMUR SAHAJA
3) Cara pembelian melalui application dari @ktm_berhad atau website. Boleh pilih lokasi dari mana ke mana.
Contoh pilih lokasi, jenis katil atau kerusi dengan view tingkap serta kelas pertama, kedua dan ketiga.
Hanya kereta api Pantai Timur sahaja ada sleeper train iaitu dari Kelantan-Pahang-Negeri Sembilan-Johor.
Tetapi, jika ingin travel dari KL Sentral ke Perak (Ipoh), Kedah, Penang (Butterworth) dan Perlis boleh menggunakan tren ETS dengan kerusi boleh recline dan jimat masa.
ALTERNATIF LAIN JIKA NAK RASA JUGA NAIK 'JUNGLE TRAIN'
4) Kalau ingin menaiki 'jungle train' atau kereta api lama, korang ada beberapa alternatif iaitu:
- boleh naik ETS dari KL Sentral ke Stesen Gemas, Negeri Sembilan dan tukar ke Kereta Api Pantai Timur
- ataupun ambil bas dari TBS ke Kuala Lipis atau Kluang dan kemudian tukar ke kereta api tersebut.
Sumber: Twitter Azreen Yunus
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah