Scan MySejahtera Sorang Je? Anak-Anak & Ibu Bapa Tak Perlu Ke? Ini Cara Untuk 'Check-In' Mereka Sekali Dengan Kita!
TRAVELAugust 17, 2020 - 12:35 PM
Memandangkan sekarang kita berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana semuanya perlu berlandaskan gaya hidup norma baharu seperti pemakaian pelitup muka dan pembasmi kuman, pengambilan suhu badan serta mendaftar diri atau menulis nama dan nombor telefon sebelum memasuki sesebuah premis perniagaan.
Paling mudah jika nak ke mana-mana atau pergi bercuti bersama anak-anak dan keluarga, korang tinggal check-in sahaja menggunakan aplikasi MySejahtera yang dibangunkan oleh Kerajaan.
Tetapi korang pernah tak berada di dalam situasi di mana bila dah check-in menggunakan MySejahtera, lepas tu korang tetap juga kena tulis secara manual untuk mendaftarkan nama anak-anak pula atau nama ibu bapa yang tidak menggunakan telefon pintar? Macam leceh je kan...
Kalau tak tulis pula, jika ada pemeriksaan dilakukan oleh pihak polis korang mungkin boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan Kerajaan.
Jangan risau ini ada sebuah thread di Twitter yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna bernama Wan Aizat mengenai cara-cara untuk mendaftarkan sekali nama anak-anak atau ibu bapa menerusi MySejahtera akaun kita sendiri.
Kalau pergi mana-mana kena check in apps MySejahtera. Tapi, kita check in sorang-sorang je. Macam mana nak masukkan sekali nama anak kalau kita bawak sekali. Kang polis check, nama anak kita takde check in, harulaa tak pasal langgar SOP.
— Wan Aizat (@aizatwms) August 15, 2020
Camni caranya :
Jom kita tengok langkah-langkahnya :-
1) Pergi ke aplikasi MySejahtera. Kemudian pergi di 'Home' MySejahtera. Di bahagian atas ada 'More'. Klik di situ.
2) Nanti akan keluar macam dalam gambar di bawah ni. Klik sahaja di 'Manage Dependents'.
3) Kemudian, akan keluar seperti gambar di bawah ini. 'Add Dependents' di bahagian bawah. Selain mengisi nama anak-anak, korang juga boleh memasukkan sekali nama ibu bapa yang selalu korang bawa keluar berjalan-jalan namun mereka tidak menggunakan telefon pintar. Isi nama dengan jenis perhubungan sekali.
4) Pastikan nama mereka semuanya betul. Selepas itu, bila hendak check-in menggunakan aplikasi MySejahtera, akan keluar "i'm with...". Klik nama-nama yang sedang berada dengan korang ketika itu. Namun jika korang sedang bersendirian, terus klik sahaja 'Check-In' di bawah sekali seperti biasa.
Senang je kan nak pastikan yang kita semua mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kerajaan dalam membendung penularan pandemik COVID-19 ini?
Kita tak melanggar undang-undang dan insyaAllah semua ahli keluarga kita juga terpelihara daripada sebarang risiko jangkitan, selain boleh berjalan-jalan atau Cuti-Cuti Malaysia dengan gembiranya.
Jadi, selamat mencuba!
Sumber: Twitter Wan Aizat
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah