5 Lokasi Unik Dan Rare Di Seluruh Dunia!

JALAN-JALAN
October 06, 2021 - 01:02 PM


Since segala border antarabangsa dah mula nak buka slow slow ini kan, min dah standby kan list lokasi yang menarik dan berbaloi untuk dimasukkan dalam bucketlist korang nanti. Pengalaman yang berbeza bakal korang nikmati kalau fly ke salah satu lokasi yang min share dalam list ni.

1. Machu Picchu, Peru

Terletak di pergunungan tinggi Andes di Peru, Machu Picchu dipercayai adalah salah satu lokasi percutian bagi pemerintah Incan. Dibina pada sekitar 15 abad yang lalu dan dibiarkan dan tidak berpenghuni lebih kurang 100 tahun kemudian, Machu Pichu masih lagi berdiri dengan gahnya. Batu bata yang besar digabung dengan sempurna tanpa menggunakan sebarang simen.

Perjalanan ke Machu Picchu bermula di bandar pergunungan yang terletak di Cusco, yang juga merupakan pusat bandar bagi Inca Empire. Cusco juga satu lokasi yang menarik untuk di-explore sebelum bertolak ke Machu Picchu.

Untuk mereka yang lebih sukakan cabaran, anda juga boleh hiking ke Machu Picchu melalui Inca Trail. Perjalanan mengambil lebih kurang 5 hari. Tapi, kalau nak lebih santai anda boleh menaiki tren dari Cusco dan boleh jimat masa kerana cuma ambil 3 jam setengah.

2. The Grand Canyon, Arizona

Salah satu keajaiban alam semula jadi dan cukup terkenal di mata dunia, The Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat. Memang jadi lokasi idaman buat mereka yang passion akan fotografi. Melihat dengan mata sendiri sememangnya tiada tandingan kalau nak dibandingkan menonton melalui video ataupun gambar.

Bentuk mukabumi yang terhasil melebihi 2 billion tahun dan panjang hampir 450 km itu dipercayai mula terbentuk sekitar 5 atau 6 juta tahun yang lalu. Ia adalah hasil dari hakisan air sungai yang mengalir dari sungai Colorado. The Grand Canyon yang tingginya bermula dari 277m hingga 1,829 m itu, bayangkan anda berdiri di puncak dan memandang ke dasar Grand Canyon. Mesti rasa teruja kan?

3. Rome, Italy

Bandar Rome memang tak perlu dijelaskan lagi. Salah satu bandar yang famous di seluruh dunia kerana kaya dengan hasil seni dan kreatif, dipenuhi dengan senibina yang indah penuh dengan sejarah. Salah satu bandar yang padat dengan lokasi menarik.

Antara lokasi wajib anda pergi adalah The Colosseum, Roman Forum dan juga bandar Vatican yang terletak di tengah bandar Rome.

4. Maui, Hawaii

Kepulauan Hawaii yang memang terkenal baik di movie atau series drama yang selalu tonjolkan keindahan dan suasana berada di sebah pulau yang kaya dengan alam semula jadi. Di sana, korang boleh surfing, bersantai sambil makan di tepi laut, menunggang kuda melalui kawasan gunung berapi di Haleakala National Park, ataupun hiking di dalam hutan lebat di gunung West Maui. Permandangan di sana tidak perlu kita sangkal lagi, memang amazing.

Untuk penginapan, jangan risau! Terdapat banyak hotel atau resort yang bersesuaian dengan poket anda. Di Wailea, terdapat lebih banyak hotel mewah buat mereka yang ingin merasai pengalaman yang eksklusif. Manakala di Kihei adalah salah satu kawasan untuk korang lepak atau santai bersama warga tempatan.

5. Masai Mara, Kenya

Masai Mara yang terletak di Kenya adalah salah satu lokasi yang terkenal penuh dengan kehidupan safari. Ini adalah peluang anda untuk menyaksikan secara live 5 binatang yang terkenal di dunia safari iaitu singa, harimau bintang, badak sumbu, gajah  dan juga cape buffalo. Kalau adna bernasib baik, dalam satu trip je dah dapat tengok semua haiwan tersebut.

Masai Mara National Park adalah satu kawasan yang sangat luas dan dilindungi. Antara masa yang popular untuk anda melancong ke sana adalah ketika satu migrasi yang berlaku dua kali dalam setahun iaitu dalam bulan Julai dan Ogos. Pada ketika itu, anda boleh menyaksikan jutaan seladang dan haiwan lain berjalan dalam kumpulan bergerak ke satu lokasi makanan atau kehidupan yang baru. Kebanyakan pelancong fly ke Mara melalui satu kapal terbang yang kecil di Nairobi. Jangan keliru dengan karakter Money Heist pulak ya! 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah