7 Muzium Kesenian Yang ‘Cool’ Patut Dilawati Di Asia

JALAN-JALAN
April 29, 2019 - 04:39 PM


Sebut sahaja muzium, pasti apa yang terlintas dekat benak kepala kita adalah suatu tempat yang menempatkan bahan-bahan sejarah yang usang, lama dan membosankan. Kalau situasi di Malaysia, ramai tidak suka ke muzium kerana bahannya tidak berubah, cara penyampaiannya masih sama dan ada yang tidak dijaga.

Tapi, ada juga muzium di Malaysia ni yang terjaga rapi ataupun diswastakan. Misal contoh, Muzium Kesenian Islam di Jalan Lembah, Tasik Perdana dan lebih menarik ia dinamakan sebagai salah satu yang terbaik di rantau asia dan berada dalam senarai 7 muzium cool di asia ni juga.

Jom kita tengok senarai penuh 7 muzium kesenian paling cool di rantau asia :

#1. Nezu Museum, Tokyo

Muzium Kesenian Nezu ini sebenarnya didedikasikan kepada usahawan terkenal Nezu Kaichiro dan diwujudkan sejak tahun 1941 lagi untuk menyimpan dan mempertontonkan barangan dan koleksi peribadi milik usahawan terkenal berkenaan.

Terdapat lebih daripada 7,400 hasil seni yang berasal dari Jepun dan Asia di sini. Ia terdiri daripada barangan kesenian tradisional Jepun, binaan Jepun moden dan taman seluas 17,000 meter persegi untuk pengunjung bersiar-siar.

Menariknya, taman ini akan bertukar ‘tema’ setiap musim dan mempunyai tea room untuk pengunjung yang ingin merasakan pengalaman tradisi meminum the Jepun.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad 10 pagi – 5 petang

Bayaran masuk: Dewasa  JPY1,000 (RM37); Pelajar JPY800 (RM29)

 

#2. Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur

Seperti yang dinyatakan diatas tadi, Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur juga merupakan muzium kesenian islam yang terbesar di Asia Tenggara. Muzium ini mengandungi lebih daripada 7,000 artifak dan pameran berkenaan islam dari seluruh dunia.

Terdapat 12 galeri tetap yang memaparkan seni binaan Islam, Al Quran dan Manuskrip, Barang Kemas, Tekstil, senjata dan pelbagai lagi. Salah satu yang menjadi tarikan disini merupakan kain Kiswah Kaabah yang bertarikh 1964 dan jika tak salah, disini juga ada menyimpan naskah Al Quran yang bertarikh dari kurun ke-17 lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari 10 pagi –6 petang

Bayaran masuk: Dewasa  RM14 Pelajar dan warga Emas RM7

 

#3. Art Museum, Singapore

Muzium Kesenian Singapura (SAM), memfokuskan seni kontemporari seluruh Asia Tenggara dan koleksi yang dipamerkan mengandungi lebih daripada 7,000 hasil karya yang bertaraf antarabangsa.

Apa yang membuatkan muzium ini cool adalah setiap pameran akan ditukar setiap bulan. Ia termasuklah lukisan, arca dan pelbagai lagi media yang ada.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad 10 pagi – 7 petang | Jumaat 10 pagi – 9 malam

Bayaran masuk: Dewasa  SGD 6 (RM18); Pelajar, Warga Emas SGD 3 (RM9)

 

#4. Museum of Contemporary Art, Bangkok

Ditubuhkan pada tahun 2012, Muzim Seni Kontemporari Bangkok (MOCA) ini merupakan muzium peribadi terbesar di Thailand dan ianya kepunyaan lelaki terkaya Thailand; Boonchai Bencharongkul.

Terdapat lebih daripada 800 hasil seni modern Thai termasuklah beberapa karya anak seni tempatan seperti Chalermchai Kosipipat yang terkenal dengan seni reka binaan popular di Chiang Mai iaitu Wat Rong Khun.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad 10 pagi – 6 petang

Bayaran masuk: Dewasa  180 THB (RM23)|Pelajar 80THB (RM10) Kanak-kanak & Warga Emas ; Percuma.

 

#5. Museum Of Art, Hong Kong

Terletak di Kowloon, Muzium Kesenian Hong Kong adalah muzium kesenian yang boleh dikatakan campuran kerana mempunyai seni tradisonal dan juga seni kontemporari masa kini. Koleksi yang ada disini termasuklah lukisan kaligrafi, seramik, tekstil, baju dan beberapa arca seni.

Muzium ini bagaimanapun menumpukan kepada tradisi kesenian dan kebudayaan China.

Difahamkan, ia sedang ditutup untuk tujuan renovasi dan dijangka buka pada November 2019.

 

#6.National Museum of Modern and Contemporary Art; Seoul

Muzium bersejarah ini dibuka di Yongsan Family Park dan statusnya bersejarah adalah disebabkan ianya dibuka ketika Korea mendapatkan kemerdekaan mereka pada 1945. Dikatakan terdapat lebih daripada 220,000 hasil seni dan peninggalan yang ada di sini namun pihak muzium hanya mempamerkan 13,000 hasil kerja dan peninggalan sahaja pada satu-satu masa.

Tingkat pertama muzium ini memenpatkan galeri sejarah dan arkeologi manakala tingkat dua adalah untuk lukisan, seni kaligrafi dan tingkat ketiga adalah untuk seramik dan karya seni yang melambangkan Asean.

Muzium ini mengadakan tayangan seperti konsert dan filem setiap Sabtu.

Waktu Operasi: Ahad - Khamis 10 pagi – 6 petang | Sabtu  10 pagi – 9 malam

Bayaran masuk: Dewasa  4,000 KRW (RM14); percuma untuk pelajar dan warga emas.

 

#7. Pinto Art Museum, Filipina

Boleh dikatakan kebanyakan muzium yang ditag di Instagram merupakan muzium kesenian dan kebanyakannya di US, Perancis dan UK. Hanya satu sahaja di Asia yang sering berada dalam senarai iaiu Pinto Art Museum di Philippines ini.

Terletak di bandar Antipolo, Pinto Art Museum Philippines ini didirikan di Silangan Gardan yang mempamerkan seni kontemporari dari koleksi peribadai seorang neurologist, Dr Joven Cuanang. Dibuka secara ramsi pada tahun 2010, Dr Joven merupakan salah seorang yang sering menyokong pergerakan seni di Filipina dan mempunyai hampir 1,000 hasil seni dalam koleksinya.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad 10 pagi – 6 petang.

Bayaran masuk: Dewasa  PHP 200 (RM16); Pelajar PHP 100 (RM8 ) | Warga Emas PHP180 (RM14).

Nota Editor : Suka masuk muzium sebab banyak benda boleh belajar, baru ni di Kuching, masuk muzium pasal Lady Margaret, puteri raja pertama Sarawak. 

Pilihan Editor : 

5 Muzium Terbaik Di Dunia Tahun 2017 Menurut TripAdvisor 

Destinasi Wajib Singgah Untuk Penggemar Seni Di Tokyo – MORI Building Digital Art Museum

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah