Jejak Travel "Hidden Gems" Alacati Turki Bagaikan Berada di Greek
JALAN-JALANTurki antara destinasi yang cukup popular buat rakyat Malaysia, mungkin disebabkan banyak penerbangan terus ke Turki dari KLIA membuatkan ianya menjadi pilihan yang popular. Dari segi perbelanjaan Turki juga antara negara yang murah untuk dikunjungi. Mata wang Lira Turki hampir sama dengan Ringgit Malaysia di samping makanan halal senang untuk ditemui.
Istanbul dan Cappadocia agak sinonim dengan orang kita hingga ianya mungkin nampak biasa di mata orang ramai. Sebab itulah kami ingin kongsikan "Hidden Gems" yang ada di Turki yang ramai tidak tahu iaitu Alacati.
Dikelilingi gunung-ganang rendah,laut biru yang tenang, dan jalan-jalan sempit yang dipenuhi kafe dan restoran, bandar pelabuhan Alacati menawarkan percutian pantai yang indah di pantai Aegean Turki.
Di sini anda bakal dibawa kembali ke abad ke-14. Alacati merupakan tempat alternatif selain Bodrum pilihan orang Turki termasuk beberapa selebriti terkemuka untuk menghabiskan cuti mereka.
Ia juga terkenal sebagai salah satu destinasi luncur angin terbaik di dunia. Pekan Alacati sangat tenang pada siang hari kerana kebanyakan pengunjung akan berkumpul di pantai-pantai sekitar Alacati.
Terdapat juga kelab-kelab pantai yang menganjurkan majlis-majlis dan konsert pada waktu matahari terbenam.
Pada waktu petang hingga malam pula, kafe-kafe, kedai barangan antik dan kedai-kedai cenderamata mula dipenuhi penduduk tempatan dan juga pelancong.
Kawasan pelabuhan di sini direka oleh arkitek Perancis iaitu Francois Spoerry, yang turut mereka tempat pelancongan Port Grimaud di Cote d'Azur. Kapal-kapal layar yang terdapal di sini membuatkan pelancong seperti berada di perairan Monaco.
Paling menjadi tumpuan adalah kebanyakan rumah-rumah di sini dibina menggunakan tanah liat atau teracotta sekaligus mewujudkan suasana vintaj di sini.
Jika anda berkesempatan melawat Turki, masukkan sekali Alacati dalam senarai tempat yang anda akan lawati.
Kalau dari Izmir nak ke Alcati boleh menaiki bas yang hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah