Jom Ke Semporna Tengok Regatta Lepa ‘Pesta Air Sabah’!

JALAN-JALAN
April 18, 2019 - 01:00 PM


Korang pernah dengar atau tahu apa itu “Regatta Lepa”?

Kalau korang nak tahu Regatta Lepa ini adalah pesta air tahunan yang diadakan di Semporna, Sabah.

Ya, selain terkenal dengan keindahan pulau, keputihan pasir pantainya serta kejernihan air laut yang memukau, Semporna juga sebenarnya terkenal dengan penganjuran Regatta Lepa di kalangan pelancong dalam dan luar negara.

Kira Regatta Lepa ini macam acara wajib kepada sesiapa yang suka atau nak kenal lebih mendalam tentang budaya dan tradisi masyarakat Sabah terutama kaum Bajau yang popular dengan kehidupan lautnya.

Sebab tu, mengikut cerita orang Sabah, etnik Bajau Laut ini mampu menyelam lama tanpa menggunakan tong oksigen sebab dorang dah biasa dan menjadi rutin mereka mencari sumber makanan di dasar laut. Power, kan?

Kenapa pesta air ini dinamakan “Regatta Lepa”?

Dalam bahasa kaum Bajau, Lepa bermaksud 'bot' yang dipercayai berasal dari komuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum-Bum, Semporna pada satu ketika dahulu.

Jadi Regatta Lepa adalah perlumbaan bot tradisional yang berlangsung pada setiap bulan April sebagai memberi penghormatan kepada Lepa, satu tiang perahu layar tradisional masyarakat Bajau.

Sebenarnya bila tiba saja bulan April kawasan di Semporna dah mula meriah dengan pelbagai aktiviti rakyat.

Tapi kemuncak acara yang selalu dinanti-nantikan penduduk dan juga pelancong luar semestinya perlumbaan ratusan bot yang dihias cantik dengan segala macam renda, payung, sambuayang berwarna-warni, siap ada gadis jelita berpakaian tradisi lagi sebagai penyambut tetamu atau "Duta Lepa"!

Acara kemuncak ini berlangsung selama 3 hari iaitu 26 hingga 28 April ini.

Jadi, memang rugi kalau korang tak pergi saksikan sendiri keunikan pesta air ni.

Selain perlumbaan bot, ada juga persembahan kebudayaan, pertandingan acara laut, pameran, nyanyian artis jemputan, pertunjukan bunga api dan paling mencuri tumpuan ialah ‘Pertandingan Lepa Tercantik’!

Korang mesti enjoy kalau ke Regatta Lepa ni. Memang takkan bosan dan silap-silap setiap tahun nak repeat ke Sabah! Hahaha….

 

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah