'Floating Coral Bar' Tarikan Pelancongan Baharu Di Sabah
JALAN-JALANSiapa yang teringin nak melancong ke Pulau Carribean tapi tak mampu atau tak cukup bajet?
Jangan risau, sekarang korang boleh pergi bercuti ke 'Floating Coral Bar' di Perairan Tun Mustapha, Pitas, Sabah sebab lokasi itu merupakan destinasi pelancongan baharu yang berkonsepkan Carribean!
Timbunan batu karang yang timbul secara semula jadi di Floating Coral Bar ini mula dibuka kepada pengunjung bulan Mac lepas dan ia semakin menjadi buah mulut serta tular di laman media sosial.
Lokasi seluas 2 kilometer ini merupakan timbunan batu karang yang telah mati atau juga dikenali dengan batu timbul, terbina secara semula jadi sejak beratus tahun lalu.
Selain dapat menikmati keindahan pulau yang cantik, korang juga bakal merasai pengalaman mengujakan dengan menjamu selera hidangan tengahari di tengah-tengah lautan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan, tau!
Jangan risau makanan yang disediakan di sini semuanya halal dan ia disediakan sendiri oleh penduduk kampung yang beragama Islam dari Kampung Malubang, Pitas.
Namun, makanan yang disediakan tidak dimasak di situ atas faktor menjaga kebersihan dan juga konservasi memandangkan kawasan itu termasuk dalam 3 daerah perairan Taman Tun Mustapha.
Hidangan yang disediakan pula adalah masakan tempatan yang terdiri daripada makanan laut segar serta sayur-sayuran dan ia dihidang secara buffet di dalam bot.
Buat masa sekarang, operasi di Floating Coral Bar diusahakan secara bersama oleh penduduk tempatan di situ.
Seramai 15 orang penduduk kampung telah dilatih untuk menjalankan aktiviti seperti snorkeling guide, petugas di pulau dan kru penyediaan makanan.
Untuk ke Floating Coral Bar ini, tempoh perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam dari Kota Kinabalu, diikuti 1 jam 30 minit menaiki bot dari Jeti Marina, Kudat.
Namun, tempoh perjalanan yang lama itu pastinya berbaloi dek keindahan Floating Coral Bar ini.
Bagaimanapun, hanya 40 hingga 50 pelancong sahaja dihadkan untuk berkunjung ke sini pada satu-satu masa bagi memastikan keselamatan pengunjung serta menjamin pemuliharaan eko-sistem terumbu karang di kawasan tersebut.
Selain Floting Coral Bar, di Pitas juga turut terdapat tarikan pelancongan lain antaranya Pulau Supirak, Batu Gerawang, Batu Berunsai, Perigi Air Tawar, Batu Dulang, Batu Talam dan Batu Kougun.
Jadi korang tunggu apa lagi, jom pergi sini lepas Hari Raya nanti! Hahaha....
Sumber Foto: Twitter Mat Travel
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah