Kembara ke Yogyakarta? Ini 10 Tempat Yang Wajib Anda Lawati
TARIKANJuly 21, 2017 - 11:32 AM
Trip wonderfull Indonesia by skyscanner di teruskan ke Yogyakarta setelah 7 hari kami berkampung di Bali. Di Bali kami di pecahkan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan ke Komodo Island dan satu lagi akan ke Yogyakarta.
Kami akan berada di Yogyakarta selama 5 hari. Jika di ikutkan 5 hari di Yogyakarta agak padat disebabkan terlalu banyak tempat-tempat menarik disini.
Kami tiba di lapangan terbang Yogyakarta pada jam 10 pagi. Penerbangan dari Bali ke Yogyakarta mengambil masa selama satu jam dan Alhamdulillah penerbangan agak lancar. Setibanya di lapangfanterbang kamiterus ke hotel untuk proses Chekin.
5 DAYS IN YOGYAKARTA , INDONESIA (DAY 1)
- Jam 9am sampai jogjakata dari Bali
- Waktu di jogja lewat 1 jam dari Bali dan KL
- Kalibiru. (#tip waktu pagi dan hari bekerja tak ramai orang lagi mudah nak ambil gambar)
- Weekend kat Kalibiru sgt Crawded (Nak ambil gambar pun kena beratur sehingga 2-3 jam)
- Spot 1 kena bayar 15,000rp
- Spot 2 dan 3 10,000rp
- Each spot akan ada photographer amik pic korang. So pic akan jd ohsem
- Dari jalan besar nak masuk kalibiru tu kena naik motor or 4×4 sb jalan kecik
- Lunch di Ramingtan restoren
- Lunch + dinner balik hotel
5 DAYS IN YOGYAKARTA , INDONESIA (DAY 2)
- jam 3 pg gerak dari hotel sb nak catch up sunrise dekat Borobudur temple. It take almost 1 hour 30 minutes
- Sampai kat sana dlm jam 4.30pg. Kami breakfast dulu bawa bekal roti dari hotel. Pagi2 tadi dan siap mtk roti dgn pekerja hotel.
- Nak masuk ke Borobudur dlm 400,000rp
- Kat Borobudur ni memang smart gila kalau amik pic sunrise. Memang berbaloi ar bangun awal2 pagi ke sini.
- Utk siap seluruh candi ni mengambil sebanyak lebih kurang 2juta block batu.
- Dekat jam 8pg turun terus breakfast.
- Then terus ke batik house. Bagi aku batik ni dah biasa sgt. Tp bagi blogger yg dari negara selain indon dan malaysia nampak diorg excited sgt.
- Balik dari mencanting batik kami balik hotel + lunch
- Jam 2.30pm gerak ke prambanan temple
- Nak masuk tiket kena bayar 234,000rp dewasa dan 117,000rp utk kanak2 atau student
- Operationg hour from 6.00am to 5.15pm
- Temple gate close at 5.30pm
- Dah hbs bergambar salan kat temple tu kami terus gerak ke ratu boko sunset. Kira2 15-20 minit dari temple tu. Kata nya sunset sini bagus bangat. Tapi sayangnya hari ni too cloudy…. sunset malu malu pulak nak kelua… so amik je lah pic apa pun. Janji ada pic kat ratu boko ni. Lepak2 dulu kat atas ni nice view jugak lah walaupun sunset tak ada. Lepas mahhrib baru kami beredar untuk dinner dan balik hotel…
5 DAYS IN YOGYAKARTA , INDONESIA (DAY 3)
- jam 7 gerak dari hotel lps brekfst terus ke jomblang cave
- Bayaran masuk sekitar 450,000rp
- Masa utk ke gua ni antara jam 9amsampai 2pm
- Kena pakai safety shoes
- Dari atas nak turun ke dlm gua tu dalam 3 minit lebih kurang 90m dalam
- Then kena jalan masuk dlam gua about 250m
- Balik hotel
- Malam keluar jalan2 sekitar mariboro
5 DAYS IN YOGYAKARTA , INDONESIA (DAY 4)
- Kalibiru
- Hitan Pinus
5 DAYS IN YOGYAKARTA , INDONESIA (DAY 5)
- Fly back to KL
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Yogyakarta cuma tak sempat nak terjah. Jalan yang sempit dan tempat menarik terletak jauh antara satu sama lain. Jadi nak jimatkan masa kena plan betul-betul.
KALIBIRU
Kalibiru ni antara tempat yang paling popular di yogyakarta. Boleh dikatakan sebagai trade mark di sini. Terletak kira kira 2 jam dari bandar jogja, kalibiru hanya boleh masuk dengan motor ataupun 4×4. Kalau korang sewa kereta atau van korang kena parking jauh sikit then amik 4×4 untuk ke puncak kalibiru.
Tempatnya sangat cantik dan unik untuk bergambar. Dari atas boleh nampak view tasik di jogja.
Tip di Kalibiru
- Operating Hour 9 pagi – 5 ptg
- Terdapat lebih kurang 6 spot untuk bergambar dan setiap sport perlu di bayar dengan harga tertentu untuk bergambar
- Seloknya datang weekdays sebab kalau weekend korang kena beratur lama untuk bergambar.
- Hari tu aku gi weekend. ramai gila org. Last2 balik tampa bergambar.
HUTAN PINUS
Hutan Pinus ni juga merupakan salah satu tempat bergambar popular di Jogja. Kalau korang pernah ke Bandung, Hutan Pinus pun lebih kurang jer. Banyak pokok – pokok pinus. Kadang-kadang boleh nampak macam kat Nami Island. Terletak agak jauh dari bandar. Kira-kira 1 jam 30 minit.
Hari tu aku naik motor jer daro kalibiru terus ke hutan pinus dalam sejam jugak lah. Mau nak patah pinggang duk atas motor. Tapi bila teringatkan view yang cantik layankan jugak lah. Lagipun Hutan Pinus ni diantara tempat yang terdekat dengan bandar jogja.
Kat sini ada kedai makan dan kalau yang nak cuba bermalam dekat dalam hutan ni pun boleh rasanyanya. Cuma sewa khemah. Tapi kalau aku memang tak berani sebab nampak scary gila kalau waktu malam.
HOUSE OF RAMINTEN
Ramingtan restoren ni salah satu tempat wajib singgah. terletak dekat jer dengan bandar. Cuma kalau korang jenis suka menunggu tu boleh lah kesini. Sistem dia macam gi klinik jer. Korang sampai amik no giliran then tunggu di ruangan menunggu sementara tempat duduk di sediakan atau ada kosong.
Hari tu mau sejam jugak kami tunggu. Namun disebabkan nak jugak merasa terpaksa lah tunggu walaupun masing masing dalam keadaan berlapar. So bila dah dapat tempat duduk tu memang order kaw kaw ar. nasib baik skyscanner yang bayar. Hahaha…
Menu yang popular bebek goreng. haha..Tapi bagi aku makanan lebih kurang je ngn Malaysia. biasalah serumpun kan.
JOMBLANG CAVE
Mula -mula aku dapat tahu aku akan ke Jogja aku terbayang jomblang cave. Dulu aku pernah tengok the amazing race, diorang pernah shoot kat situ. So memang jomblang cave ni salah satu wish list aku.
Nak datang sini agak jauh. Kalau tak silap aku dalam 2 jam jugak lah drive. Sepanjang jalan kami semua tido jer. Buka mata dah sampai jomblang cave. Untuk turun ke gua ni kena pakai tali. Dan tali ni manual tau. Akan ada org yang tarik tali tu di bawah dan di atas. Kira-kira 250m kebawah kena turun. Then bila sampai di bawah kena jalan dalam 500m ke dalam gua untuk sampai ke spot yang boleh tgk cahaya masuk.
INFO
- Bayaran masuk sekitar 450,000r
- Masa utk ke gua ni antara jam 9am – 2pm
- Masa paling best nak tgk view cahaya masuk dalam gua antara jam 11 pagi keatas
BOROBUDUR TEMPLE
Spot terbaik untuk tengok sunrise. Borobudur temple ni agak popular disebabkan tersenarai di dalam list Warisan dunia UNESCO. Masa belajar sejarah tingkatan 4 dulu mesti ada cerita pasal candi borobudur nih. Kalaunak tengok sunrise korang kena datang sini seawal jam 4pagi lagi. Matahari terbit kat sini pun awal. dalam jam 5.20pagi dah naik dah.
INFO
- Nak masuk ke Borobudur dlm 400,000rp
- Spot for Sunrise
PRAMBANAN TEMPLE
Prambanan temple juga merupakan salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Structure temple yang unik membuatkan ramai photograper yang memilih prambanan sebagai tempat untuk shoot. Disebabkan temple ni terlalu luas photographer selalunya menhadapai cabaran yg sukar untuk shoot. Lagipun temple ni memang akan menjadi antara top destinasi di Yogyakarta.
Candi Rara Jonggrang atau Lara Jonggrang yang terletak di Prambanan ialah kompleks candi Hindu terbesar di Indonesia. Candi ini terletak di pulau Jawa, 20 km di timur Yogyakarta, 40 km barat Surakarta dan 120 km selatan Semarang. Kuil ini di antara Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta. Candi Rara Jonggrang terletak di desa Prambanan yang wilayahnya dibhaagi antara kabupaten Sleman dan Klaten.
Candi ini dibangun pada sekitar tahun 850 Masehi oleh Rakai Pikatan, raja kedua kerajaan Mataram I atau Balitung Maha Sambu, semasa kerajaan Sanjaya. Tidak lama setelah dibangun, candi ini ditinggalkan dan mulai rosak.
INFO
- Nak masuk tiket kena bayar 234,000rp dewasa dan 117,000rp utk kanak2 atau student
- Operationg hour from 6.00am to 5.15pm
- Temple gate close at 5.30pm
RATU BOKO
Ratu boko ni terletak dekat jer dengan Prambanan Temple. Dalam 15 minit jer. So kalau korang dah pergi ke prambanan temple korang wajib singgah sini. Lagi pun sini view dia unik dan memang cantik kalau nak tengok sunset. Masa aku pergi dulu cuaca mendung. X cantik sangat sunset dia.
BATIK HOUSE
Kalau datang indonesia buat kali pertama aku rasa korang akan excited untuk datang ke batik house ni. Aku dah selalu ke Indon jadi bila ke tempat ni aku x excited sangat. Lagipun kat Malaysia pun aku dah selalu buat batik.
MALIOBORO
Salah satu aktiviti malam yang boleh korang buat di Jogja. Boleh tahan popular jugak lah lagi pun selain Malioboro ni aku tak pasti ada tempat lain yang happening macam kat sini.
Apa yang korang boleh buat dekat sini korang boleh naik bling bling car. car dia unik gak lah. tapi kalau korang selalu gi Melaka lebih kurang lah. Cuma kalaukat Melaka guna beca. kat sana guna kereta.
Anyway Yogyakarta sangat recommended. Catatan kembara dari Faizal Fredley
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah