Indonesia Buka Sempadan Negara Untuk Pelancong Antarabangsa Julai Ini

TARIKAN
June 09, 2021 - 01:50 PM


Menyusuli beberapa buah negara yang semakin pulih dan membuka kembali beberapa sektor pelancongan, Indonesia kini bersedia untuk membuka beberapa destinasi hangat mereka termasuk Bali, mulai Julai 2021 bagi melonjakkan semula sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik. 

Menurut Presiden mereka, Bali, Batam, dan Bintan akan dibuka semula dan dijadikan 'wilayah lokomotif' dan menghidupkan semula ekonomi pelancongan seluruh negara, namun perancangan tersebut hanya akan terus dilaksanakan sekiranya keadaan jangkitan wabak dalam negara mereka berada pada kadar yang meyakinkan. 

Sebagai persiapan untuk pembukaan semula, kerajaan Indonesia telah memberikan vaksin yang meluas untuk kelompok bersasar, dan tenaga kerja pelancongan turut diberikan keutamaan di dalam program vaksinasi mereka. 

Kerajaan Indonesia turut memulakan program pengesahan Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan,
dan Kelestarian Persekitaran di seluruh sektor pelancongan dalam negara. 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah