Lapangan Terbang Gunung Everest Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya…
JALAN-JALANTragedi terbaru pesawat terhempas yang menyaksikan 3 orang penumpang terkorban membuatkan lapangan terbang di Gunung Everest ini kembali menjadi sebutan. Sering digunakan oleh pendaki yang ingin mendaki ke Everest dan dilabelkan sebagai lapangan terbang paling bahaya di dunia, Lapangan Terbang Lukla, Nepal ini ada ceritanya tersendiri.
Lapangan terbang Lukla, atau dikenali sebagai Tenzing – Hillary Airport di Nepal ini terletak 2,845 meter diatas paras laut dan berada di kawasan timur Nepal yang juga merupakan ‘pintu masuk’ ke kawasan Everest yang sinonim dengan aktiviti trekking dan mendaki puncak tertinggi dunia ini.
Sabtu lalu, satu lagi tragedi melibatkan pesawat ringan yang ingin berlepas dari lapangan terbang tersebut terkeluar dari landasan sebelum melanggar sebuah helikopter dan mengorbankan dua orang juruterbang dan juga dua orang pekerja yang berdiri berdekatan lokasi.
Menurut laporan, keadaan cuaca adalah baik dan penerbangan lain beroperasi seperti biasa selepas itu.
Airport Cantik Tapi Berbahaya
Memang tak dapat dinafikan bila adanya airport Tenzing – Hillary ni, ia memudahkan kemasukan pendaki untuk ke Everest. Kalau nak ikutkan, pemandangan di airport ini sememangnya menakjubkan, kiri kanan gunung ganang dan berada tinggi dari paras laut.
Secara rasmi atau ‘nama betul’ airport ini adalah Tenzing-Hillary airport dan ia adalah diambil sempena nama Edmund Hillary, orang pertama yang mendaki ke puncak Everest bersama Sherpa Tenzing Norgay pada tahun 1953.
Lapangan terbang ini siap dibina pada 1964 dan pembinaan airport ini dipantau oleh Edmund Hillary sendiri. Kalau sebut nama airport ini, memang terkenal dalam kalangan pilot disebabkan keadaan cuaca yang mencabar dan sukar untuk kawal pesawat. Ini termasuklah faktor bentuk muka bumi, cuaca dan infrastruktur.
Jangan terkejut ye. Walaupun siap pada 1964, lapangan terbang ini hanya diturap pada 2001 dan ia hanya boleh diakses oleh helikopter dan pesawat kecil yang mampu terbang dan mendarat dengan landasan yang pendek.
Landasan Yang Sangat Mencabar
Landasan di airport Lukla ini hanya sepanjang 1,729 kaki ataupun 527 meter. Kalau korang rasa itu dah mencabar, nanti dulu. Dipenghujung landasan ini adalah sebuah tembok batu dan dikelilingi oleh gunung ganang. Jadi, tiada peluang kedua untuk mendarat atau dikenali sebagai ‘a-go-around’.
Jadi, ini menambahkan lagi tekanan kepadda juruterbang untuk pastikan pendaratan yang sempurna dan meyakinkan pada percubaan pertama, dan itu sahaja percubaan yang ada. Selain itu, pilot yang ke sini perlu atasi lagi satu cabaran iaitu altitude tinggi yang mana udara semakin nipis.
Bila udara nipis, maknanya kena mendarat dengan kelajuan laju. Bayangkanlah, speed tengah laju, tak ada peluang kedua dan kena lakukan pendaratan dengan landasan yang hanya 500 meter.
Disebabkan keadaan-keadaan ini, pihak berkuasa penerbangan Nepal telah meletakkan beberapa syarat sebelum seorang pilot dibenarkan menerbangakan pesawat ke sini. Ini termasuklah berpengalaman dalam mengendalikan 100 pendaratan dan penerbangan di landasan pendek dan sekurang-kurangnya mendarat di Lukla 10 kali dengan bantuan instuktor bertauliah.
Pilihan Editor :
Airport Donegal - Airport Dengan Pemandangan ‘Landing Strip’ Paling Cantik
Pelancong Berdepan Hukuman Mati Jika Selfie Berhampiran Lapangan Terbang Phuket!
Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Bakal Rancak Pelancongan Utara Semenanjung!
Baca cerita saje, kita susah nak bayangkan... Meh tengok sendiri video kapal terbang landing dan take-off di Airport ini
Dan inilah pandangan dari dalam kokpit juru terbang pulak...
Sumber : The Telegraph
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah