Satu Lagi Destinasi Eko-Pelancongan Di Tengah Ibu Kota

JALAN-JALAN
June 14, 2019 - 12:56 PM


Berita baik untuk warga kota yang ingin membawa keluarga beriadah atau berjalan-jalan menghirup udara segar pada hari cuti.

Mulai Oktober depan, Taman Eko Rimba Sungai Besi (TERSB) dijangka dibuka kepada orang ramai sebagai  kawasan rekreasi dan pelancongan hutan baharu di Lembah Klang.

Hutan rekreasi itu yang berada dalam Hutan Simpan Sungai Besi dan mempunyai keluasan 42.29 hektar kini sudah mencapai 70 peratus tahap kemajuan termasuk penyediaan kawasan tanaman spesies pokok tertentu untuk tujuan pemuliharaan.



Menurut Bernama, ketika ini proses pembangunan zon Arboretum sedang giat dilakukan bagi menjadikan TERSB sebagai sebuah pusat pembelajaran dalam bandar melalui tanaman pelbagai spesies pokok yang ada di negara ini termasuk tumbuhan herba, orkid dan pokok berbuah dan warna-warni serta rotan.

Uniknya TERSB ini merupakan kawasan hutan dipterokarpa tanah pamah yang masih wujud dan terpelihara di tengah-tengah bandar raya serta berkepentingan daripada aspek kepelbagaian biologi dan menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna.



Di samping menjadi tempat warga kota beriadah, kawasan ini juga sesuai menjadi gedung ilmu kepada ahli akademik serta pelajar sekolah dan universiti untuk membuat kajian kerana mempunyai koleksi spesies flora yang unik serta terancam kerana kedudukannya strategik di dalam Kuala Lumpur.

Pelbagai infrastruktur awam disediakan bagi kemudahan pengunjung antaranya pembinaan jalan masuk utama berserta tempat meletak kenderaan, pembinaan denai, kaunter, tandas dan beberapa gazebo.

Jom bawa anak-anak dan keluarga berjalan-jalan dalam hutan, asyik pergi ke mall je bosan juga kan...hehe

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah