Update Buat Kaki Travel, Anda Boleh Mula Rancang Perjalanan Ke UK!

JALAN-JALAN
September 20, 2021 - 12:18 PM


Khabar gembira buat semua kaki travel, Kerajaan United Kingdom telah mengumumkan kelonggaran besar buat meraka yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 untuk bercuti atau melancong ke England!

Menerusi laman web rasminya menjelaskan peraturan perjalanan antarabangsa ke England yang sebelum ini dilabel mengikut sistem warna lampu isyarat - merah, kuning dan hijau kini ditukarkan menjadi satu bermula 4 Oktober ini. Sistem baharu itu juga akan mempermudahkan pihak berkuasa mengenal pasti kemasukan pelancong dari seluruh dunia. Malaysia termasuk dalam senarai 17 negara yang diiktiraf untuk masuk ke England.

Selain Malaysia, antara 17 negara dalam senarai itu termasuk Jepun, New Zealand dan Singapura. Kesemua yang masuk ke negara itu juga tidak perlu melakukan ujian PCR sebelum berlepas.

Bagaimanapun penerima vaksin lengkap AstraZeneca, Pfizer, Modeerna atau Janssen dibenarkan masuk ke negara itu termasuk campuran dua dos mana-mana jenama itu. Pengunjung hanya perlu menempah dan membayar ujian Covid-19 yang perlu dilakukan pada hari kedua selepas tiba di England selain melakukan kuarantin kendiri selama 10 hari.

Sementara itu, bagi yang gagal mengemukakan bukti sudah lengkap menerima vaksin perlu mengikuti peraturan sedia ada berhubung kemasukan tanpa vaksin. Ujian yang perlu dilakukan termasuklah PCR sebelum berlepas, ujian Covid-19 pada hari kedua dan kelapan selain kuarantin kendiri selama 10 hari selepas ketibaan.

Semua pelancong juga diminta untuk mengisi borang pengesan diri dalam tempoh 48 jam sebelum tiba di England. Negara yang dimasukkan dalam senarai merah adalah Cuba, Indonesia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Thailand dan Venezuela. Pelancong dari negara senarai merah ini bagaimanapun perlu melalui peraturan perjalanan lebih ketat.

Sumber: mStar

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah