US Mula Terima Pelancong Asing Pada Bulan November

JALAN-JALAN
September 21, 2021 - 10:17 AM


Setelah didesak oleh Kesatuan Eropah, akhirnya Amerika Syarikat mula akur untuk longgarkan sekatan perjalanan bermula pada bulan November. US juga akan mula menerima pelancong yang telah lengkap divaksinasi dari United Kingdom, Kesatuan Eropah (EU) dan disusuli negara lain.

Menurut Koordinator White House, Jeff Zients menjelaskan kelonggaran sekatan ini dbuat atas desakan oleh beberapa pihak dan ia terpakai ke atas individu dan bukan berdasarkan negara. Di bawah peraturan baru ini, pelancong perlu menunjukkan sijil vaksinasi yang lengkap dan menjalani ujian COVID-19 dan perlu mendapat keputusan negatif dalam tempoh tiga hari. Berita baik, pelancong tidak perlu dikuarantin.

Amerika Syarikat adalah antara negara dengan sekatan perjalanan ketat. Pada 2020, ia laksana sekatan ke atas pengembara dari China dan kemudian diperluaskan kepada negara lain. Ketika ini Amerika Syarikat sekat bukan warganegaranya yang pernah ke UK dan beberapa negara Eropah, China, India, Afrika Selatan dan Iran dalam tempoh 14 hari.

Amerika Syarikat antara negara yang paling tinggi mencatat kes COVID-19. Dengan gerakan anit-vaksin yang agak luas dan berani, rancanglah percutian anda dan sentiasa memakai mask dan mengelak tempat yang sesak dengan orang ramai.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah